Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan tali pinggang keledar pada bas ekspres perlu dilaksanak­an

-

KUALA LUMPUR: Pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres dilihat perlu dilaksanak­an bagi mengurangk­an risiko kematian apabila berlaku kemalangan.

Bagaimanap­un, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata perkara berkenaan perlu kajian terperinci dalam usaha menambah baik sistem keselamata­n bas ekspres.

“Saya mengalu-alukan cadangan-cadangan sedemikian kerana pemasangan tali pinggang keledar di setiap bas ekspres antara langkah terbaik mengurangk­an risiko kemalangan jiwa.

“Oleh itu, saya akan bincangkan perkara ini kepada komuniti JPJ kerana cadangan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres boleh menambah baik sistem keselamata­n bas ekspres,” katanya kepada Bernama kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai analisis berita oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang Sabtu berhubung kejadian kemalangan bas yang memerlukan langkah- langkah pencegahan seperti melarang bas ekspres melakukan perjalanan semasa ‘waktu mengantuk’ dan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang.

Nadzri berkata walaupun kerajaan belum mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang, namun pihak pengusaha bas boleh mengambil inisiatif menyediaka­n kemudahan itu.

Dalam kejadian terbaru membabitka­n kemalangan bas semalam, 14 maut manakala 16 cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di Km137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor.

Ditanya perlunya larangan bas ekspres melakukan perjalanan semasa ‘waktu men- gantuk’, Nadzri berkata perkata itu pernah dibincangk­an namun tidak dapat dilaksanak­an atas permintaan industri dan pengguna.

“Bagaimanap­un, kami akan mengkaji perkara ini semula kerana larangan bas ekspres bergerak pada waktu malam juga antara langkah yang mampu mengurangk­an risiko kemalangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia