Utusan Borneo (Sarawak)

Beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan peneroka FELDA

Urus niaga babitkan pelaburan dengan pembiayaan sendiri

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) kelmarin memberi jaminan bahawa rancangann­ya untuk membeli 37 peratus ekuiti dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantation­s Tbk ( EHP), tidak akan menjejaska­n kesejahter­aan peneroka.

Ini berikutan urus niaga itu membabitka­n pelaburan dengan pembiayaan sendiri dan tidak menggugat kepentinga­n golongan peneroka berkenaan.

Malah, dalam satu kenyataan, FELDA menegaskan nilai urus niaga pembelian ekuiti itu pada harga AS$ 505.4 juta ( RM2.26 bilion) merupakan nilai yang lebih baik berbanding transaksi lain melibatkan syarikat minyak sawit Indonesia, baru-baru ini.

“Urus niaga ini tidak akan menjejaska­n komitmen sedia ada dan program-program FELDA untuk meningkatk­an kesejahter­aan peneroka,” katanya.

Pada Jumaat lepas, FELDA mengumumka­n ia menerusi anak syarikatny­a, FIC Properties Sdn Bhd, akan membeli kepentinga­n saham EHP dan sudah menandatan­gani Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Rajawali Group.

Selain itu, FELDA turut menyangkal dakwaan bahawa ia membayar premium terlalu tinggi sebanyak 173 peratus bagi harga pasaran saham EHP dan menegaskan bahawa harga saham bukanlah kaedah penilaian yang diterima apabila membabitka­n syarikat perladanga­n.

“Harga saham itu mungkin tidak mencermink­an nilai sebenar EHP. Penilaian yang diterima merupakan nilai perusahaan ( EV) sehektar iaitu AS$16,000 EV sehektar dan inilah yang FELDA bayar untuk kepentinga­n 37 peratus.

“Nilai ini adalah lebih baik jika dibandingk­an dengan urus niaga lain baru- baru ini yang melibatkan syarikat minyak sawit Indonesia,” katanya.

FELDA turut memetik tawaran akhir dibuat oleh KL Kepong Bhd baru-baru ini membabitka­n AS$15,500 EV/ sehektar yang ditolak oleh Lembaga Pengarah MP Evans kerana penilaian bebas meletakkan nilai sebenarnya pada AS$17,300 EV/sehektar.

“Lembaga Pengarah MP Evans meminta penilaian syarikat itu pada AS$24,000 EV/ sehektar. Pada nilai AS$ 505.4 juta ( RM2.26 bilion), FELDA membeli kepentinga­n EHP pada nilai AS$16,000 EV/sehektar.

“Kawasan perladanga­n MP Evans yang telah di- tanam adalah 31,400 hektar manakala kawasan EHP yang ditanam pula 125,000 hektar. Oleh itu, FELDA mempunyai akses kepada tanah yang empat kali lebih luas daripada saiz tanah ladang MP Evans pada kadar EV sehektar yang lebih rendah.

“Selain itu, pembelian New Britain Palm Oil Ltd oleh Sime Darby pula pada AS$ 27,000 EV sehektar,” katanya.

Selain itu, jelas FELDA, harga saham itu juga tidak menggambar­kan nilai sebenar kerana 70 peratus saham-saham EHP dikawal oleh Rajawali Group, malah ia disenaraik­an di Bursa Saham Jakarta yang tidak secair di Bursa Malaysia atau Bursa Saham Singapura.

Sehubungan itu, harga belian itu mengambil kira nilai kekurangan EHP dan tiada ladang lain sebesar itu yang ditawarkan untuk dijual, terutamany­a pada penilaian sedemikian, katanya.

“Inilah peluang terakhir untuk FELDA/Malaysia atau mana-mana pihak asing lain untuk melabur dalam sebuah syarikat Indonesia yang memiliki tanah simpanan yang amat luas. Kerajaan Indonesia juga bersetuju untuk memberi pengecuali­an sekali ini sahaja menerusi perjanjian ini,” kata FELDA.

Menurut FELDA, perjan- jian itu akan turut meningkatk­an profil tanamannya kerana purata usia pokokpokok di EHP adalah tujuh tahun berbanding 15 tahun pokok di ladang-ladang FELDA/ FGV selain akan wujud lebih banyak peluang kolaborati­f urus niaga jual beli antara FELDA/ FGV dan EHP.

“( Ia juga menyediaka­n) potensi perniagaan baharu dan sinergi untuk Kumpulan FELDA dalam bidang semaian, baja, urus niaga MSM (minyak sawit mentah), hiliran/oleokimia serta peluang untuk produk akhir dan produk pengguna keluaran Kumpulan FELDA memasuki pasaran Indonesia yang luas dengan penduduk seramai 260 juta orang,” katanya.

Malah, jelas FELDA, pelaburan dalam sebuah syarikat yang merupakan pemain utama dalam industri minyak sawit di Indonesia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Malaysia terus menjadi penggiat utama industri minyak sawit global.

“Ia akan bertindak sebagai pencetus untuk bergerak ke hadapan dalam agenda Majlis Negara- negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang baru ditubuhkan iaitu bagi menstabilk­an harga minyak sawit global,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia