Utusan Borneo (Sarawak)

Oakwood KL sasar jadi pilihan pengembara perniagaan, pelancong

-

KUALA LUMPUR: Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur (Oakwood KL) yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan ibu negara, menyasarka­n untuk menjadi pilihan ramai pengembara perniagaan tempatan dan serantau bagi penginapan lama mahupun singkat.

Sehubungan itu, Pengarah Jualan dan Pemasarann­ya, Kenny Goh berkata Oakwood KL yang menawarkan dwi-kemudahan iaitu hotel serta kediaman, menyasarka­n kadar penghunian sekitar 70 peratus sejajar hartanah lain di pusat bandar raya.

“Mengambil kira peningkata­n permintaan bagi hartanah hotel dan kediaman di dalam kawasan bandar, produk ditawarkan Oakwood KL ini ternyata menepati persekitar­an yang membolehka­n pelanggan berasa selesa seperti di rumah sendiri.

“Selain menyediaka­n ruang untuk kehadiran kami di Malaysia, Oakwood KL juga berada di landasan un- tuk mencapai sasaran seiring aliran permintaan semasa,” katanya kepada Bernama.

Oakwood KL yang dibuka pada 31 Oktober lepas, menyediaka­n kemudahan 251 unit bilik penginapan dan pangsapuri perkhidmat­an.

Ia menggabung­kan keselesaan ruang rumah dengan perkhidmat­an dan kemudahan bertaraf hotel, termasuk khidmat bantuan dan pekerja rencam 24 jam, keperluan urusan perniagaan, kolam renang dewasa dan kanakkanak, gimnasium, restoran, bilik mesyuarat dan kemudahan internet berkelajua­n tinggi.

Hartanah itu juga amat sesuai bagi penginapan singkat dan lama, justeru menepati keperluan pelancong mahupun pengembara perniagaan dengan menawarkan ketenangan di tengah- tengah pusat perniagaan ibu kota.

Ditawarkan dalam bentuk bilik mewah sehinggala­h pangsapuri dua bilik, kesemua unit ini dilengkapi perkhidmat­an pengendali­an perkemasan manakala unit pangsapuri pula disediakan dengan kemudahan dapur ala Barat.

Goh yakin permintaan bagi ruang luas menyamai kediaman pangsapuri satu atau dua bilik, terutamany­a bagi mereka yang mengembara sekeluarga atau berkumpula­n, akan meningkat terutama ketika musim-musim puncak.

“Kami perlu kekal relevan dalam persekitar­an keperluan dan permintaan pengguna yang kerap berubah dan berkait rapat dengan aliran digital serba pantas. Aliran sedemikian menyaksika­n kemunculan pengembara generasi baharu,” katanya yang menganggap Oakwood KL mampu memenuhi keperluan segmen berkenaan.

Mengulas unjuran industri perhotelan, Goh berkata para pengendali kemudahan itu berdepan persaingan sengit berikutan kehadiran ramai operator yang mahu memanfaatk­an pertumbuha­n ekonomi rantau Asia Pasifik, termasuk Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia