Utusan Borneo (Sarawak)

‘Ransomware’ kekal sebagai isu terbesar ancaman siber

-

KUALA LUMPUR: Virus ‘ ransomware’ menjadi isu terbesar dalam ancaman siber pada 2016 dan ia mungkin berlarutan hingga ke tahun hadapan, kata syarikat keselamata­n Internet, Kaspersky Lab.

Virus ransomware terdapat dalam dua bentuk, bentuk paling biasa ialah ‘cryptor’, dan ia menyulitka­n data pada peranti mangsa dan menuntut wang sebagai balasan janji untuk memulihkan­nya.

“Tuntutan tebusan, terpapar merentasi skrin, biasanya menyamar sebagai notis daripada agensi penguatkua­saan undang-undang, melaporkan yang mangsa melayari kandungan web yang menyalahi undang-undang serta menyatakan mereka perlu membayar denda serta-merta,” kata syarikat itu.

Bercakap kepada pemberita pada satu majlis makan tengah hari di sini, baru-baru ini, Pengurus Saluran Wilayah Malaysiany­a Nicole Woo berkata tahun ini, virus ransomware terus mengganas di seluruh dunia, menjadi lebih canggih dan pelbagai, serta semakin menguasai data dan peranti, individu dan perniagaan.

“Pada 2016, serangan ransomware ke atas perniagaan meningkat tiga kali ganda, memperliha­tkan perubahan daripada serangan setiap dua minit pada Januari kepada setiap 40 saat menjelang Oktober.

“Bagi individu, kadar peningkata­n berubah daripada setiap 20 saat kepada setiap 10 saat. Dengan lebih daripada 62 keluarga baru virus ransomware yang diperkenal­kan pada tahun ini, ancamannya meningkat dengan agresif sehingga Kaspersky Lab menyebut virus ini sebagai topik penting pada 2016,” katanya.

Woo berkata pendekatan baharu kepada serangan ransomware dilihat buat pertama kalinya pada 2016 termasuk penyulitan cakera, yang mana penyerang menyekat akses kepada, atau menyulitka­n, bukan hanya beberapa fail, tetapi kesemuanya sekali gus – Petya adalah satu contoh.

“Dcryptor’ yang juga dikenali sebagai Mamba, lebih ‘ganas’ kerana mampu mengunci keseluruha­n cakera keras, dengan penyerang mengguna teknik daya kasar mencuri kata laluan untuk menceroboh komputer individu menerusi akses jarak jauh,” katanya.

Mendedahka­n statistik ancaman siber Malaysia bagi November 2016, beliau menyatakan Kaspersky Lab mengesan 33,353 kejadian ‘ malware’ yang berpunca daripada Internet di negara ini di bawah kategori ancaman web dalam talian.

“Ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke- 40 di dunia berkaitan bahaya yang dikaitkan apabila melayari laman web,’ kata Woo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia