Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat sekutu HEB terima notis timbang tara daripada MAHB

-

KUALA LUMPUR: HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI), syarikat sekutu HSS Engineers Bhd (HEB) baru-baru ini menerima notis timbang tara daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkaitan cadangan pembanguna­n Terminal Penerbanga­n Tambang Murah (LCCT) baharu serta kerja berkaitan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia baru- baru ini, HEB berkata, MAHB menuntut kira- kira RM64.62 juta untuk dakwaan pelanggara­n Memorandum Perjanjian MoA) mengenai rusuk udara yang ditandatan­gani antara MAHB dan HSSI pada 13 April 2010.

“HSSI telah mengambil tindakan untuk mencari asas untuk dakwaan tuntutan serta dokumen sokongan daripada MAHB berkaitan perkara sama.

“Sehingga tarikh pengumuman ini, MAHB gagal menyediaka­n dokumen sokongan yang diminta HSSI,” kata HEB.

Ia berkata, HSSI memandang dakwaan tuntutan itu sebagai tidak berasas dan tanpa merit dan telah menafi dan menyangkal tuntuan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia