Utusan Borneo (Sarawak)

T7 Global sasar kembali catat keuntungan menjelang 2018

-

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Offshore Bhd, menyasarka­n untuk kembali mencatat keuntungan pada tahun depan dengan jangkaan sumbangan yang lebih baik daripada perniagaan minyak dan gasnya sebelum langkah kepelbagai­annya membuahkan hasil pada 2018.

Pengerusi Datuk Ir Nik Norzrul Thani berkata syarikat itu, yang menceburi industri aeroangkas­a barubaru ini, menjangka untuk mencatat pendapatan daripada perniagaan baharu menjelang 2018.

“Kami berada pada peringkat permulaan. Pembinaan kapasiti untuk aeroangkas­a akan mengambil masa enam bulan hingga setahun dan kami juga perlu membina loji.

“Menceburi industri aeroangkas­a merupakan langkah ke bidang baharu dan kami perlu meningkatk­an kemahiran sebahagian jurutera kami. Kami berasakan ia suatu yang boleh dilakukan dan bukan sesuatu yang baha- ru dan asing,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini baru-baru ini.

Pada 7 Dis, T7 Aero Sdn Bhd, sebuah unit syarikat itu, menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan syarikat pembuatan bernilai tinggi yang berpangkal­an di United Kingdom, Kilgour Metal Treatments Ltd untuk mengkaji pembinaan dan operasi loji rawatan logam bagi industri aeroangkas­a di Malaysia.

Beliau berkata antara lokasi yang berpotensi untuk loji itu ialah perkaranga­n kemudahan UMW Aerospace Sdn Bhd di Serendah, Selangor.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2016, kerugian sebelum cukai syarikat itu naik sedikit kepada RM48.86 juta berbanding RM48.67 juta dalam tempoh sama tahun lepas manakala perolehan susut kepada RM18.35 juta berbanding RM41.87 juta sebelum ini.

T e r d a h u l u , s e m u a pemegang saham yang hadir mengundi untuk meluluskan, antaranya, cadangan untuk menukar nama syarikat kepada T7 Global daripada Tanjung Offshore, memberi laluan kepada syarikat untuk melaksanak­an langkah penjenamaa­n semula.

Bagaimanap­un, katanya, penjenamaa­n itu tidak akan melibatkan penstruktu­ran semula berikutan syarikat yakin dengan struktur semasanya.

“Kami berminat untuk meneruskan dan memulakan yang baharu.

“Minyak dan gas masih komponen penting kepada perniagaan kami, tetapi kami mempelbaga­ikan perniagaan kami kepada bidang lain, iaitu penekanan strategik kami untuk masa depan,” katanya.

Selain aeroangkas­a, katanya, syarikat turut berminat untuk mempelbaga­ikan kepada sektor pendidikan dan sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenainy­a.

Beliau berkata walaupun syarikat memilih untuk bekerjasam­a dengan institusi swasta, ia tidak menutup pintu kepada mana-mana peluang untuk bekerjasam­a dengan institusi awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia