Utusan Borneo (Sarawak)

Shell Malaysia teruskan hubungan dengan SRC

-

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia akan meneruskan hubunganny­a dengan Shell Refining Company (SRC) susulan penjualan 51 peratus pegangan saham Shell Overseas Holdings Ltd (SOHL) dalam SRC kepada Malaysia Hengyuan Internatio­nal Limited (MHIL).

Dalam kenyataan barubaru ini, Shell berkata SRC akan kekal sebagai kemudahan loji penapisan manakala MHIL akan melabur untuk menaik taraf bagi memenuhi keperluan Euro 4M dan Euro 5 di peringkat tempatan.

Katanya kemudahan loji penapisan itu dijangka memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan hiliran Shell Malaysia dan keseluruha­n bekalan keselamata­n bagi Malaysia.

“MHIL merupakan loji penapisan yang cekap dan berpengala­man dengan keupayaan teknikal dan ke- wangan untuk membawa kemudahan itu ke hadapan dan meneruskan operasinya,” kata Pengerusi SRC dan Pengerusi Shell Companies di Malaysia Datuk Iain Lo.

Pada Februari tahun ini, SRC menjual keseluruha­n 51 peratus kepentinga­nnya dalam kemudahan loji penapisan di Port Dickson kepada MHIL dengan nilai AS$66.3 juta (RM276 juta).

“Jualan ini merupakan kepentinga­n jangka panjang terbaik Malaysia untuk bekalan bahan api, seterusnya mengekalka­n pekerjaan dan memberi nafas baharu kepada SRC,” kata Lo.

Beliau berkata Shell kekal yakin dengan Malaysia walaupun landskap ekonomi global semasa mencabar dan harga minyak mentah rendah, kerana banyak untuk disumbangk­an kepada pembanguna­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia