Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai suku ketiga Aeon Credit naik kepada RM90.81 juta

-

KUALA LUMPUR: Aeon Credit Service (M) Bhd mencatatka­n keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM90.81 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Nov, 2016 berbanding RM70.50 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Kumpulan tersebut menganggap prestasi positif itu disumbang oleh kos pembiayaan purata yang meningkat sedikit susulan daripada kos pembiayaan yang tinggi bagi pembiayaan jangka panjang yang baru, katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia baru- baru ini.

Menurut kenyataan tersebut, perolehan syarikat mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 14.06 peratus kepada RM280.35 juta berbanding RM245.78 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Syarikat menjangka prestasiny­a dalam tahun kewangan yang berakhir 28 Feb 2017 akan kekal walaupun berdepan cabaran ekonomi dari dalam dan luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia