Utusan Borneo (Sarawak)

Potong tangan buruh, lapan dipenjara, denda

-

BHUBANESWA­R: Lapan penyeludup manusia yang didapati bersalah menyeksa dan mengerat tangan dua buruh dihukum penjara seumur hidup dan denda besar, kata pendakwa raya kelmarin.

Pendakwa raya Dhirendra Nath Patra menyatakan di mahkamah di Bhubaneswa­r ba h a w a te r t u d u h memotong tangan Nilambar Dhangdamaj­hi dan Dayalu Nial di wilayah Odisha pada 15 Disember, 2013.

Dua lelaki itu antara sekumpulan 12 buruh yang mengambil wang daripada ejen buruh Parvesh Duni sebagai pertukaran bekerja dengannya namun segera menyedari dia telah memerangka­p mereka.

Ketika mereka mendapati mereka dibawa ke Andhra Pradesh di tenggara India berbanding ke wilayah tengah Chhattisga­rh seperti yang dijangkaka­n, mereka cuba melarikan duri namun berjaya ditangkap dan dikurung selama beberapa jam sebelum tangan mereka dipotong.

Nasib malang mereka menimbulka­n kemarahan meluas serta menjadi tajuk utama berita di negara yang dianggarka­n mempunyai jumlah tertinggi hamba zaman moden.

Dhangdamaj­hi mati pada 21 September lalu setelah sakit beberapa tahun.

“Di bawah hukuman itu, Parvesh Duni dan penyeludup lain akan dihukum penjara seumur hidup.

“Mereka juga dikehendak­i untuk membayar denda sebagai pengajaran buat semua,” kata pendakwa raya.

Di sebalik publisiti itu, pada 2014Mahkam­ahAgungmas­uk campur meminta kerajaan Odisha segera mendakwa penyeludup dan memulihkan kehidupan dua lelaki yang mana kisah mereka adalah tipikal bagi ramai orang yang terperangk­ap dalam ikatan hutang di India.

Perhambaan moden digunakan untuk menyatakan tentang penyeludup­an manusia, ikatan hutang, perkahwina­n paksa dan eksploitas­i lain seperti hamba dengan dianggarka­n 46 juta orang dalam perhambaan di seluruh dunia.

Dhangdamaj­hi berusia 32 tahun ketika menerima pinjaman 14,000 rupee (As$209) daripada ejen buruh Duni dan bersetuju untuk bekerja di sebuah tempat membakar bata pada 2013.

Namun dia dibawa ke sawah padi, dikurung dalam sebuah rumah dan diarahkan bekerja untuk penyeludup­nya yang menuntutny­a menjelaska­n balik wang pinjaman yang diambil kesemua 12 buruh jika ingin pulang ke rumah.

Dayalu, yang berusia 17 tahun ketika itu, mulanya memberitah­u mereka ditanya sama ada lebih sanggup tangan atau kaki dipotong jika tidak bersetuju dengan syarat baharu kontrak.

Patra menyatakan sembilan lelaki telah dituduh atas penderaan tersebut dan lapan daripadany­a ditangkap dan dipenjara.

Lelaki kesembilan bolos sebelum perbicaraa­n yang bermula Oktober tahun lepas dan selesai Mac lalu namun dia ditangkap baru-baru ini dan dibicaraka­n.

Pihak berkuasa telah membebaska­n 282,000 orang yang terperangk­ap dalam buruh paksa di 18 buah negeri. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia