Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia peringati 12 tahun tsunami

-

BANDA ACEH: Ribuan orang rakyat Indonesia berdoa untuk orang tersayang mereka di makam beramairam­ai dan masjid semalam sempena menyambut ulang tahun serangan tsunami yang memusnahka­n wilayah Aceh 12 tahun lepas hari ini, salah satu bencana alam terburuk dalam sejarah manusia.

Kira-kira 170,000 orang telah terkorban di negara ini ketika satu gempa bumi “sangat kuat” dengan magnitud 9.1 telah melanda Aceh, sebuah wilayah yang mempunyai ramai penduduk Islam do hujung utara pulau Sumatra, membawa kepada ombak besar yang turut melanda kawasan pantai sehingga sejauh ke Somalia.

“Saya datang ke sini setiap tahun untuk berdoa bagi anak, menantu perempuan, dan tiga orang anak mereka,” Maryam, yang dikenali dengan hanya satu nama, memberitah­u AFP, di makam beramai-ramai Ulee Lheue, di mana 14,800 orang telah dikebumika­n.

Mayat anggota keluargany­a tidak pernah ditemui namun Maryam berusia 65 tahun, yang terselamat dengan cara berpaut pada sebatang pokok, telah berasa pasti keluargany­a telah dikebumika­n di dalam makam beramai-ramai kerana mereka tinggal di kawasan itu pada masa serangan tsunami.

Kubur di sekitar wilayah, termasuk di Siron di daerah Aceh Besar di mana lebih dari 46,000 orang telah dikebumika­n, telah dipenuhi dengan orang ramai yang menaburkan bunga di atas tanah di mana mereka percayai bahawa mayat orang tersayang mereka telah disemadika­n.

Mangsa yang terselamat kemudian dikumpulka­n dalam satu majlis sembahyang beramai- ramai di masjid Ulee Lheue, salah satu dari beberapa buah masjid menghadapi pantai yang masih lagi ada di wilayah selepas serangan tsunami.

“Sebab utama untuk memperinga­ti bencana gempa bumi dan tsunami adalah bukan untuk menimbulka­n luka lama,” pemangku gabenor Aceh Soedarmo memberitah­u para orang ramai yang hadir di masjid.

Indonesia terletak di “Lingkaran Api” Pasifik, di mana pertemuan plat benua menyebabka­n aktiviti seismik kuat, dan kerap kali dilanda oleh gempa bumi.

Peringatan untuk tsunami muncul hanya beberapa minggu selepas satu gempa bumi cetek seluas 6.5 magnitud melanda kawasan darat di Pidie Jaya, sebuah daerah di Aceh, membunuh lebih dari 100 orang, merobohkan beratus-ratus buah bangunan dan menyebabka­n hampir 84,000 orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia