Utusan Borneo (Sarawak)

‘Rasputin’ Korea akur disoal siasat

-

SEOUL: Sejumlah penggubal undang- undang Korea Selatan semalam akhirnya berjaya menyoal siasat wanita yang menjadi punca krisis pendakwaan ke atas Presiden Park Geun-Hye, selepas menolak pendengara­n di televisyen di pusat penahanann­ya.

Choi Soon-Sil, 60, berkalikal­i tidak mempedulik­an seruan untuk muncul di hadapan jawatankua­sa Parlimen yang menyiasat skanlda rasuah yang menyebabka­n Park didakwa awal bulan ini.

Justeru mereka mengunjung­inya dengan pendengara­n khas dianjurkan pagi semalam berserta kamera televisyen di pusat penahanan di mana Choi menunggu perbicaraa­n atas dakwaan ugut dan salah guna kuasa.

Choi mulanya enggan keluar dari selnya tetapi akhirnya bersetuju bertemu lapan anggota yang dipilih di sebalik pintu tertutup.

Memetik kata Ahli Parlimen, agensi berita Yonhap melaporkan Choi menafikan semua dakwaan termasuk bersekongk­ol dengan presiden dan menubuhkan dua yayasan mencurigak­an yang digunakan untuk kepentinga­n peribadi.

Choi bagaimanap­un mengakui sanggup dihukum penjara seumur hidup dan memohon maaf kepada orang ramai kerana menyebabka­n kekeliruan, lapor Yonhap.

Dia mendakwa berasa ‘pening’ baik dari segi fizikal mahupun mental dan enggan menjawab kebanyakan soalan Ahli Parlimen dalam pertemuan hampir tiga jam itu, kata Yonhap.

Dua bekas pembantu kanan presiden yang ditahan berasingan juga enggan disoal siasat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia