Utusan Borneo (Sarawak)

Bom WWII paksa 54,000 dipindah di Jerman

Objek yang berisiko meletup itu menyebabka­n pemindahan terbesar sejak perang tamat

- Muka

BERLIN: Sebiji bom British dari Perang Dunia Kedua yang tidak meletup telah memaksa 54,000 orang meninggalk­an kediaman mereka di Jerman pada Hari Krismas, pemindahan paling besar di negara ini sejak tamatnya peperangan.

Operasi besar kelmarin di bandar selatan Augsburg telah mengambil masa selama 11 jam, melibatkan 900 orang anggota polis dan ia berakhir dengan jayanya kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, umum pihak berkuasa tempatan.

Bahan letupan seberat 1.8 tan itu telah ditemui pada Selasa lepas semasa kerja di sebuah kawasan pembinaan di bandar Bavaria, namun pihak berkuasa menunggu sehingga kelmarin untuk mengatur koordinat logistik yang diperlukan bagi membuatkan ia selamat.

Lebih 70 tahun selepas berakhirny­a peperangan, bom- bom yang tidak meletup telah sering kali ditemui tertanam di negara Jerman, legasi bagi kempen pengeboman sengit oleh pasukan tentera Pakatan terhadap Nazi Jerman.

Augsburg, bandar ketiga terbesar di Bavaria, telah menjadi sasaran beberapa kali semasa peperangan.

Sebuah zon pengecuali­an seluas 1,500 meter telah dilakukan bagi operasi itu kerana bimbang sekiranya bom itu meletup ketika para juruterban­g sedang cuba untuk menyahakti­fkannya dan beg- beg pasir telah diletakkan di sekeliling­inya.

Dua orang pakar telah memadamkan fius bahan letupan, yang dikatakan sebagai sebiji bom besar, menurut kepada jurucakap polis Manfred Gottschalk dipetik agensi berita DPA.

Pi h a k po l i s te l a h memeriksa setiap rumah bagi memastikan ia adalah kosong tanpa penghuni sebelum meneruskan operasi tersebut.

Usaha untuk memutuskan fius bom hanya bermula kira-kira jam 2.00 petang waktu tempatan disebabkan oleh jumlah penduduk yang sakit atau kurang upaya yang jauh lebih banyak dari jangkaan untuk dikeluarka­n dari kawasan itu, menurut datuk bandar Kurt Gribl.

Kira-kira 100 buah bas dan kereta api telah dikerahkan untuk pemindahan.

Beliau pada awalnya menggesa “semua orang yang terlibat agar meninggalk­an kawasan, sekiranya mungkin secara sendiri,” dalam satu mesej video yang dihantar di dalam akaun Twitter bandar tersebut.

Gribi turut menyeru setiap orang agar mengesahka­n bahawa ahli keluarga mereka, ibu bapa dan teman-teman mencari tempat untuk tinggal di luar zon keselamata­n.

“Jaga antara satu sama lain,” katanya.

Namun gambar yang kemudian menunjukka­n pasukan pemusnah bom dengan tunangnya berdiri di sekeliling silinder berbentuk bom, kira-kira dua meter panjang, tersenyum selepas tugasan mereka tamat.

Penduduk kemudian diberikan kebenaran untuk kembali ke rumah masingmasi­ng.

Tempat perlindung­an sementara telah dilakukan di beberapa buah sekolah dan gimnasium bagi menguruska­n mereka yang tiada tempat tinggal, terutama bagi golongan warga emas yang tidak mampu untuk mencari penempatan di rumah saudara mara atau teman-teman.

Beberapa buah ambulans telah dipanggil bagi membawa bahan letupan itu ke satu lokasi selamat.

Mengakui bahawa ini merupakan satu Krismas yang luar biasa di Augsburg, seorang jurucakap bandar memberitah­u rangkaian TV n24, sambil menambah bahawa penduduk akan meninggalk­an rumah mereka berdasarka­n “kekuatan bahan letupan” yang dijangkaka­n akan berlaku semasa tindakan memutuskan fius bom.

Bom adalah sering ditemui semasa kerja-kerja penggalian di kawasan pembinaan.

Pihak berkuasa Jerman menganggar­kan terdapat 3,000 biji bom yang tertanam di kawasan Berlin sahaja,

Pemindahan seumpamany­a yang terbesar sebelum ini dibuat pada Disember 2011 di Koblenz, barat Jerman di mana kira-kira 45,000 orang telah dipindahka­n. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? KECOH: Anggota polis meronda sekeliling kawasan yang disita setelah penduduk diarahkan berpindah seketika di Ausburg, selatan Jerman kelmarin sementara bom British era WWII itu dimatikan (gambar sisipan).
— Gambar AFP/Reuters KECOH: Anggota polis meronda sekeliling kawasan yang disita setelah penduduk diarahkan berpindah seketika di Ausburg, selatan Jerman kelmarin sementara bom British era WWII itu dimatikan (gambar sisipan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia