Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja Perancis dibunuh ambang Krismas

- Muka

MARSEILLE: Perancis ke l m a r i n me n y i a s a t pembunuhan maut ambang Krismas melibatkan seorang remaja berusia antara 19 atau 20 tahun di dalam sebuah kafe, menurut pejabat pendakwa raya, ketika satu sumber siasatan mendakwa mangsa telah ditembak sebanyak 15 kali.

Tiga penyerang telah menyerbu kafe di bandar selatan Marseille pada lewat Sabtu lepas dan melepaskan tembakan menggunaka­n selaras raifal seperti Kalashniko­v, menurut pejabat pendakwa raya.

Penyerang tersebut kemudian meninggalk­an tempat kejadian sebelum kehadiran pihak polis, pendakwa raya Marseille Xavier Tarabeux berkata, sambil menambah bahawa terdapat kebimbanga­n bahawa seorang lagi mungkin telah diculik.

Pengurus kafe berusia 22 tahun telah ditahan seketika untuk disoal siasat namun dibebaskan kelmarin setelah didapati tidak terlibat.

Mangsa bagi serangan tidak dikenali sebelum ini oleh pihak polis, dan ia dikhuatiri bahawa salah seorang daripada orang yang duduk bersamanya di dalam kafe mungkin telah dijadikan sebagai tebusan.

Ketika siasatan tidak akan dapat mengesahka­n dengan segera motif serangan, ia kelihatan bahawa mangsa sengaja dijadikan sebagai sasaran apabila mayatnya ditemui memiliki 15 kesan tembakan, seorang sumber rapat dengan siasatan berkata.

Pembunuhan terbaharu telah menjadikan jumlah orang yang ditembak mati di wilayah Bouches-du-Rhone pada tahun ini seramai 33 orang.

Kebanyakan­nya dibunuh di Marseille, bandar pelabuhan yang terkenal dengan kadar jenayahnya yang tinggi, dan umumnya pembunuhan balas dendam membabitka­n kumpulan gengster. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GANAS: Sarung tangan berselerak­an di tempat kejadian di kawasan kejiranan Parc Kalliste di Marseille, tenggara Perancis.
— Gambar AFP GANAS: Sarung tangan berselerak­an di tempat kejadian di kawasan kejiranan Parc Kalliste di Marseille, tenggara Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia