Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI TUMBUK BAPA DAN KAKAK DITAHAN

-

TERUK: Mangsa menunjukka­n kecederaan­nya selepas ditumbuk suspek. LUKA: Anak perempuan mangsa turut ditumbuk suspek. SIBU: Polis menahan lelaki berusia 20 tahun di Kampung Seduan Jaya di sini selepas dipercayai menumbuk bapa kandung sendiri sehingga mendatangk­an kecederaan di pipi kiri mangsa.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, suspek yang dipercayai mabuk pulang ke rumah sekitar jam 9.30 malam dan tiba-tiba menumbuk mangsa beberapa kali di pipi kiri.

Punca suspek menyerang dan menumbuk mangsa tidak diketahui.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami pendarahan hidung serta bengkak di pipi kiri dan merah mata kiri.

Anak perempuan mangsa yang berusia 22 tahun cuba menghalang kejadian tersebut turut ditumbuk oleh suspek sehingga cedera di kening kiri.

Polis yang menerima panggilan daripada jiran mangsa segera ke lokasi kejadian dan menahan suspek untuk dibawa ke balai.

Keesokanny­a (25 Disember), keduadua mangsa (bapa dan anak perempuan) membuat laporan di balai polis di sini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia