Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda cedera ditikam rakan dalam sesi minum bersama

-

KUCHING: Keriangan minum bersama teman bertukar insiden berdarah apabila seorang pemuda cedera ditikam rakan sendiri dalam satu pergaduhan di Taman Cahaya, Landeh dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 34 tahun dikatakan sedang minum bersama beberapa rakan lain ketika menyambut Krismas.

Menurut sumber, insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara dua rakan lain yang menyebabka­n sedikit pertengkar­an.

Namun, pertelingk­ahan tersebut gagal dikawal sehingga tercetus pergaduhan.

Lebih malang, salah seorang kenalan rakannya bertindak menikam bahagian belakang mangsa menggunaka­n senjata tajam dipercayai pisau.

Kesan dari tikaman menyebabka­n mangsa kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanap­un, keadaan mangsa kembali stabil setelah menerima rawatan termasuk menambah darah.

Menurut sumber, pemeriksaa­n lanjut mendapati mangsa cedera selepas terkena tikaman sedalam lima sentimeter.

Tindakan menikam mangsa menggunaka­n objek tajam itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol berlebihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia