Utusan Borneo (Sarawak)

Kesesakan, kekurangan tempat parkir HUS isu serius perlu perhatian segera

-

KUCHING: Kesesakan trafik dan kekurangan tempat letak kereta di Hospital Umum Sarawak (HUS) isu serius yang memerlukan perhatian segera kerajaan negeri.

Naib Pengerusi Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata, keperluan untuk pembinaan tapak letak kereta bertingkat HUS telah lama diakui dan dibincangk­an oleh rakyat serta pihak berkuasa.

“Saya berada di HUS barubaru ini dan melihat sekitar tapak di hospital tetapi masih tidak ada apa-apa perkembang­an dari segi pembinaan tempat letak kereta bertingkat seperti yang dicadangka­n.

“Malahan pemimpin negeri telah berjanji kepada rakyat bahawa projek itu dalam perancanga­n,” katanya baru- baru ini.

Beliau memetik, pada 2014, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri ketika itu Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, tempat letak kereta bertingkat telah ditenderka­n kepada kontraktor dan kerja dijangka akan bermula Julai 2014.

Kemudian juga katanya, pada tahun 2016 Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian menyatakan bahawa projek berkenaan mungkin mengalami sedikit masalah disebabkan pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhdimat­an (GST).

“Di mana GST akan menyebabka­n tambahan RM20 juta untuk kos pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang menjadikan kos RM378 juta bagi projek yang dicadangka­n.

“Saya ingin bertanya kepada Dr Sim, adakah rancangan membina tempat letak kereta bertingkat masih dalam rancangan ditangguhk­an kepada suatu tarikh yang tidak ditentukan?” kata Voon.

Beliau berkata sebelum ini dalam bajet, kerajaan telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM25 bilion bagi membina dan menaik taraf hospital serta klinik di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

Namun katanya, adakah kerja-kerja meniak taraf yang dirancang di HUS khususnya tempat letak kereta bertingkat dalam senarai terbabit.

“Ia adalah isu tertunggak yang agak lama malahan kini dengan pertambaha­n pesakit di hopital semakin ramai maka isu ini bagai ‘mimpi ngeri’ ke- pada ahli keluarga pesakit.

“Saya percaya ia juga menjadi tekanan kepada semua kakitangan perubatan di HUS,” ujar beliau

Sebagai contoh kata Voon, beliau terpaksa berpusingp­using untuk mencari tempat letak kereta dan tiada pilihan melainkan menyinggah­kan ahli keluarga di pintu masuk hospital.

“Bayangkan keluarga membawa orang yang tersayang untuk mendapatka­n rawatan perubatan dan terpaksa menyinggah­kan pesakit dan bagaimana jika pesakit yang terlalu sakit untuk berjalan?,” katanya.

Sehubungan itu jika kerajaan negeri masih melambatka­n projek berkenaan ia diibaratka­n kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia