Utusan Borneo (Sarawak)

Peraturan baharu jualan murah tidak relevan

Ia juga kurang mesra kepada musim perayaan masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

- Oleh Rusnan Mustafa

Hal ini kerana kita sedia maklum masyarakat Dayak Sarawak meraikan Hari Gawai pada awal Jun manakala rakyat Bumiputera Sabah meraikan Pesta Kaamatan hujung Mei, jadi bagaimana mereka hendak menikmati jualan murah ini untuk persiapan meraikan hari perayaan mereka.

KUCHING: Pelaksanaa­n peraturan baharu jualan murah yang berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan disifatkan tidak relevan dan kurang mesra kepada musim perayaan masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong berkata pindaan peraturan itu menyebabka­n peniaga hanya dibenarkan mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun berbanding lima kali sebelum ini.

Menurutnya, peniaga juga hanya dibenarkan mengadakan jualan murah satu kali mengikut pilihan sendiri dan tiga kali mengikut tarikh yang diwartakan kerajaan.

“Kalau mengikut tiga tarikh yang diwartakan itu iaitu 1 hingga 30 Mac, 15 Jun hingga 30 Ogos dan 1 November hingga 31 Disember 2017, tempoh-tempoh jualan murah yang ditetapkan ini amat tidak relevan untuk rakyat Sarawak dan Sabah.

“Hal ini kerana kita sedia maklum masyarakat Dayak Sarawak meraikan Hari Gawai pada awal Jun mana- kala rakyat Bumiputera Sabah meraikan Pesta Kaamatan hujung Mei, jadi bagaimana mereka hendak menikmati jualan murah ini untuk persiapan meraikan hari perayaan mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) baru- baru ini berhubung peraturan baharu jualan mega selepas pindaan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997.

Justeru, Violet menggesa KPDNKK menyemak semula tarikh yang diwartakan itu agar ia mesra dan relevan dengan rakyat Sarawak dan Sabah.

Menyentuh mengenai isu pengagihan wang bantuan bencana sebanyak RM500 kepada mangsa banjir, beliau menyaranka­n kerajaan negeri mengenal pasti kaedah yang lebih efisien dalam mengagihka­n bantuan tersebut.

“Masih ramai mangsa banjir dalam kawasan saya (Pending) belum menerima bantuan ini dan sudah setahun ia belum diagihkan walaupun saya dimaklumka­n ia akan diberikan pada Januari nanti.

“Terlalu lama tempoh masa yang diperlukan untuk kerajaan mengagihka­n wang bantuan bencana ini,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau meminta ADUN Batu Kitang yang juga pengerusi Majis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang agar berhenti memberi alasan tidak munasabah kepada rakyat di kawasan tersebut.

“Saya membaca kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar Cina beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa MPP mengalami kekurangan dana untuk melaksanak­an program pembanguna­n di kawasan tersebut.

“Di mana perginya peruntukan yang diberikan kerajaan untuk melaksanak­an projek pembanguna­n di kawasan Padawan. Berhentila­h memberi alasan kepada rakyat,” tegasnya.

Hadir sama pada sidang media itu semalam Pembantu Khas ADUN Kota Sentosa Kelvin Yii.

Violet Yong ADUN Pending

 ??  ?? BERHENTI BERI ALASAN: Violet ditemani Kelvin menunjukka­n keratan akhbar pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak semalam.
BERHENTI BERI ALASAN: Violet ditemani Kelvin menunjukka­n keratan akhbar pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia