Utusan Borneo (Sarawak)

PH berpegang kepada prinsip asas, tiada pertukaran kerusi: Chong

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) akan tetap berpegang teguh kepada prinsip asas sedia ada iaitu setiap parti akan bertanding di kerusi yang dipertandi­ngkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)lalu (2013).

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata ‘status quo’ itu perlu dikekalkan bagi memastikan kemenangan besar berpihak kepada PH.

“Tiada cadangan untuk bertukar kerusi antara kedua- dua pihak (DAP dan Parti Keadilan Rakyat) itu hanya spekulasi media.

“Semasa kunjungan ke rumah terbuka Hari Krismas Baru Bian (pengerusi PKR Sarawak), saya dan beliau langsung tidak menyentuh mengenai pertukaran kerusi.

“Kami hanya menyentuh mengenai prinsip asas sedia ada dipegang oleh PH berhubung pembahagia­n kerusi dalam kalangan tiga parti iaitu DAP, PKR dan Amanah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengatakan DAP dan PKR Sarawak mungkin bertukar kerusi membabitka­n Parlimen Stampin serta Miri pada PRU akan datang.

Beliau menegaskan, keduadua parti tidak perlu membuka atau membangkit­kan semula isu pembahagia­n kerusi dan pertukaran kerusi kerana tindakan itu tidak akan memberi manfaat kepada parti dalam PH.

“Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang sangat penting kepada Malaysia secara keseluruha­nnya dan Sarawak. Pakatan Harapan mesti meletakkan calon yang boleh menang.

“Kalau perkara ini dilakukan semula, bermakna Pakatan Harapan kembali ke titik awal usaha memenangi kerusikeru­si dipertandi­ngkan.

“Jangan ulang pencapaian kita pada Pilihan Raya Negeri lalu,” ujarnya sambil menambah, musuh utama Pakatan Harapan adalah Barisan Nasional (BN).

Ujarnya tindakan membangkit­kan semula isu pembahagia­n kerusi dalam kalangan PH Sarawak tidak akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Chong bagaimanap­un berkata jika ada dalam kalangan parti PH yang merasakan tidak dapat mempertaha­n atau memenangi kerusi dipertandi­ngkan sebelum ini, cadangan pertukaran kerusi boleh dipertimba­ng.

Tambahnya kerusi berkenaan boleh dibuka kepada mana-mana tiga parti dalam PH yang mempunyai kredibilit­i dan calon boleh menang.

“Ini kes yang berbeza, cadangan pertukaran kerusi perlu dipertimba­ngkan kerana Pakatan Harapan harus meletakkan calon terbaik untuk menang,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu.

Pada PRU13, DAP bertanding di 11 kerusi iaitu Mas Gading, Serian, Sarikei, Bandar Kuching, Stampin, Mukah, Bintulu, Lanang, Kapit, Sibu dan Lawas.

Manakala PKR bertanding di 14 kerusi iaitu Petra Jaya, Batang Lupar, Sri Aman, Julau, Lubok Antu, Kanowit, Selangau, Baram, Betong, Limbang, Puncak Borneo (yang sebelum ini dikenali Mambong), Saratok, Hulu Rajang dan Miri.

DAP memenangi lima daripada 11 kerusi dipertandi­ngkan iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu sementara PKR hanya memenangi satu daripada 14 kerusi dipertandi­ngkan iaitu Parlimen Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia