Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Dayak harus bersatu dan bekerjasam­a selesai isu ‘Pemakai Menua’, ‘Pulau Galau’

-

KUCHING: Semua pemimpin Dayak harus bersatu dan bekerjasam­a menyelesai­kan isu-isu ‘Pemakai Menua’ dan ‘Pulau Galau’ secara bersepadu dan kolektif.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Snowdan Lawan berkata isu ‘Pemakai Menua’ dan ‘Pulau Galau’ tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) merupakan dua perkara yang memberi kesan mendalam kepada semua komuniti Dayak.

Ini kerana ujarnya, kehidupan Dayak amat bergantung kepada aktiviti pertanian di kawasan dikenali ‘Pemakai Menua’ dan ‘Pulau Galau’ sejak ratusan tahun dahulu dan diwarisi turun temurun.

“Oleh sebab itu dan bagi tujuan sama, semua pemimpin Dayak seharusnya bersatu dan bekerja sama menjernihk­an isu-isu berhubung status ‘Pemakai Menua’ dan ‘Pulau Galau’ secara bersepadu dan kolektif,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru ujarnya, kesediaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Dayak sesuatu yang dinanti-nantikan supaya ia dapat dibincangk­an lebih mendalam.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri atas inisiatif dan kesanggupa­n beliau duduk berbincang dengan semua pemimpin Dayak membincang­kan isu- isu ini yang dijadual diadakan selepas cuti Tahun Baharu ini (2017),” katanya.

Menurut Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, komuniti Dayak bersedih dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n ke atas kes Rumah Sandah dan berharap pertemuan Ketua Menteri dengan pemimpinpe­mimpin Dayak nanti akan memberi khabar gembira kepada komuniti Dayak.

Beliau juga berharap sebarang hasil daripada perjumpaan itu tidak akan menjejaska­n budaya Dayak khasnya.

“Saya amat menyokong kenyataan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing baru-baru ini berhubung keputusan Mahkamah Persekutua­n merupakan satu petunjuk kepada semua pemimpin Dayak, inilah masanya untuk kita bekerjasam­a mencapai satu titik persamaan.

“Dijangka mesyuarat dengan Ketua Menteri akan menjadi landasan terbaik kepada semua pemimpin Dayak menyelesai­kan sebarang kelemahan isu- isu ini,” katanya.

Tambah beliau lagi: “Mungkin daripada rundingan ini, kita boleh membentuk satu mekanisme membantu Majlis Adat Istiadat menentukan definisi lebih jelas mengenai ‘Pulau Galau’ dan Pemakai Menua’.”

Snowdan berkata penyelesai­an boleh dicapai sekiranya semua pihak sanggup mengetepik­an perbezaan dan bekerjasam­a bukannya menuding jari antara satu sama lain.

“Saya percaya semua kita mahu melihat populasi Dayak diilham oleh keinginan sama dan hidup demi kepentinga­n sama yang akan menyatukan kita, bukan memisahkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia