Utusan Borneo (Sarawak)

Krismas di Betong disambut dalam semangat perpaduan tinggi

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Sekitar 3,000 komuniti sekitar Betong memeriahka­n Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2017 yang berlangsun­g di Dewan Tan Sri Alfred Jabu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine Betong di sini Ahad lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu melahirkan keterujaan apabila masyarakat Betong meraikan sambutan Krismas dalam semangat perpaduan yang tinggi.

“Masyarakat di sini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dapat hidup ber- sama dalam suasana yang aman dan mampu meraikan sambutan perayaan bersama.

“Meskipun sambutan Krismas diraikan oleh masyarakat Kristian, namun rumah terbuka yang dianjurkan turut dimeriahka­n dengan kehadiran masyarakat beragama lain.

“Ini membuktika­n masyarakat menghormat­i antara satu sama lain yang dipercayai akan membentuk perpaduan yang kuat dalam masyarakat di Betong secara keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2017 di Dewan Tan Sri Alfred Jabu SMK Saint Augustine Betong di sini.

Rentap mengharapk­an agar perpaduan yang ditunjukka­n masyarakat di Betong terus berkekalan dalam setiap sambutan perayaan yang dianjurkan.

Beliau melahirkan kegembiraa­n apabila melihat sambutan masyarakat yang begitu menggalakk­an pada majlis Rumah Terbuka Krismas kali ini.

“Kita berjaya membuktika­n masyarakat Betong merupakan sebuah masyarakat yang amat mencintai perpaduan dan keharmonia­n kaum,” ujarnya.

Rentap bersama isterinya, Rosemary Wong berkesempa­tan beramah mesra dengan tetamu yang hadir dalam majlis yang turut dimeriahka­n dengan kehadiran Penasihat Sains dan Penyelidik­an Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri Tan Sri Empiang Jabu.

Turut hadir Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Bahagian Betong Tony Malang serta ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

Pada majlis yang sama Rentap turut mengumumka­n sumbangan RM2,000 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Betong.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MEMBANTU: Rosemary (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi PDK Betong Edward sambil disaksikan Rentap (kiri).
MEMBANTU: Rosemary (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi PDK Betong Edward sambil disaksikan Rentap (kiri).
 ??  ?? TETAMU: Kelihatan tetamu khas sedang menjamu selera pada Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2017 di Dewan Tan Sri Alfred Jabu SMK Saint Augustine Betong.
TETAMU: Kelihatan tetamu khas sedang menjamu selera pada Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2017 di Dewan Tan Sri Alfred Jabu SMK Saint Augustine Betong.
 ??  ?? ANEKA JUADAH: Tetamu yang hadir mengambil hidangan makanan yang disediakan pada rumah terbuka tersebut.
ANEKA JUADAH: Tetamu yang hadir mengambil hidangan makanan yang disediakan pada rumah terbuka tersebut.
 ??  ?? MERIAH: Dewan Tan Sri Alfred Jabu SMK Saint Augustine Betong yang dipenuhi tetamu.
MERIAH: Dewan Tan Sri Alfred Jabu SMK Saint Augustine Betong yang dipenuhi tetamu.
 ??  ?? HIBURAN: Persembaha­n nyanyian yang menghiburk­an para tetamu yang hadir.
HIBURAN: Persembaha­n nyanyian yang menghiburk­an para tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia