Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Perintis Koridor Kubaan-Puak masuki pelaksanaa­n tahun akhir

-

KUCHING: Projek Perintis Koridor Kubaan- Puak di Ulu Tutoh akan memasuki pelaksanaa­n tahun akhir pada 2017 bagi menambah baik pengurusan hutan yang mapan (SFM).

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad berharap Unit Pengurusan Hutan (FMU) di sepanjang kawasan projek koridor berkenaan yang berhubung dengan Jantung Borneo akan memperoleh­i pensijilan.

“Kita mahu melihat bagaimana dan di mana kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pembalakan atau kawasan mana yang tidak boleh yang mengambil kira keperluan terhadap perlindung­an ekosistem dan komuniti di kawasan berkenaan.

“Jabatan amat komited dalam mempromosi­kan SFM di Sarawak dan kerajaan amat berharap semua FMU dalam Jantung Borneo akan diberi pensijilan pada 2017 yang sebelum ini pernah dimaklumka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,” katanya.

Projek Koridor KubaanPuak adalah penting kerana kawasan itu meliputi Taman Ne- gara Gunung Mulu dan Taman Negara Pulong Tau yang turut mempunyai hubungan dengan Kawasan Lindungan Sungai Ingei di Brunei hingga ke Taman Negara Kayan-Mentarang di Kalimantan.

Hingga ke utara, ia bersambung dengan kepala air utama antara Sabah dan Sarawak di Tanah Tinggi Maligan.

“Dalam mengenal pasti ekosistem yang penting di kawasan berkenaan dan keperluan untuk mempromosi­kan pengurusan hutan yang baik, kita menyasarka­n untuk membangunk­an model bagi SFM yang mesra alam, menjana ekonomi dan membantu masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bengkel Tengah Penggal Kubaan-Puak barubaru ini.

Bengkel itu merupakan anjuran bersama WWFMalaysi­a bagi menyediaka­n perkembang­an terkini projek perintis berkenaan dan membincang­kan perancanga­n bagi 2017.

Bengkel itu dihadiri kirakira 50 peserta daripada agensi kerajaan, universiti, masyarakat setempat dari Kubaan-Puak dan WWFMalaysi­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia