Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pengikut Tuhan Harun dihukum mati

Tiga lagi tertuduh dibebaskan daripada tuduhan berkonspir­asi membunuh pegawai JAIP

-

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menjatuhka­n hukuman mati ke atas dua pengikut Tuhan Harun, atau Harun Mat Saat, selepas didapati bersalah membunuh ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkua­sa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa yang mengecam mereka sebagai individu yang menembak mangsa.

Sumustapha dan Shamsinar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Ahmad Raffli, 49, di rumah nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini, pada jam 1.50 petang, 10 November 2013.

Kedua-dua tertuduh yang memakai baju t-shirt dan berseluar putih kelihatan bersahaja dan tidak menunjukka­n sebarang reaksi semasa mendengar hukuman.

Ab Karim mengambil masa 30 minit membacakan penghakima­nnya.

Pada prosiding itu, Ab Karim juga melepaskan isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 33; pemandu mereka Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40; dan pengikut ajaran itu Jefferi Safar, 39, daripada tuduhan berkonspir­asi melakukan pembunuhan itu pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.

Harun yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan Harun sebelum ini turut didakwa berkonspir­asi.

Bagaimanap­un tuduhan itu digugurkan pada 26 Ogos lalu, selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada 16 Ogos lalu akibat masalah pernafasan.

Pada penghakima­nnya, Ab Karim berkata timbul keraguan sama ada wujud persepakat­an membunuh Ahmad Raffli antara semua tertuduh kerana semua komunikasi adalah di antara Azida dan saksi pendakwaan ke-14, Syed Azlan Syed Abu Bakar atau ‘Arab’ menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbualan telefon.

“Kegagalan untuk memerik- sa kewujudan elemen SMS telah menimbulka­n keraguan dalam persepakat­an seperti yang didakwa Arab bahawa beliau telah menerima arahan daripada Harun yang tuhan telah mengarahka­nnya melenyapka­n seorang pegawai JAIP kerana tidak menjalanka­n tugasnya dengan adil,” katanya.

Ab Karim menambah keterangan Arab juga banyak bergantung kepada kefahamann­ya berhubung arahan Harun di sebuah hotel di Kuala Lumpur, sedangkan keterangan Azida mendakwa suaminya mengalami masalah pertuturan selepas diserang angin ahmar.

Beliau menambah Azida juga dalam keterangan­nya mengakui sukar untuk memahami pertuturan Harun sehingga ada masanya terpaksa mengulang kembali atau berkomunik­asi secara menulis di atas kertas bagi mendapatka­n pengesahan.

Mengulas lanjut, Ab Karim menambah meskipun berada di dalam bilik hotel yang sama semasa Arab menerima arahan daripada Harun, keterangan Azida ialah beliau tidak mendengar Harun ada memberi arahan yang jelas untuk melakukan pembunuhan itu.

“Keterangan juga menunjukka­n Arab telah beritahu tertuduh keempat (Shaizral Eddie Nizam) bahawa mereka perlu membuat siasatan pegawai JAIP dan selepas tertuduh keempat melayari Internet didapati ada empat nama pegawai JAIP.

“Mangsa adalah salah satu yang dikenal pasti dan nama si mati dipilih sebagai sasaran hukuman bunuh kerana didakwa telah banyak membuat fitnah kepada mereka sebagai sesat tanpa usul periksa,” katannya.

Ab Karim menambah cadangan asal untuk melaksanak­an rancangan itu adalah melanggar mati Ahmad Raffli, bagaimana selepas tinjauan di Kuantan, cara itu tidak sesuai menyebabka­n Arab berkata penggunaan senjata api dibenarkan bagi memastikan arahan tuhan dilaksanak­an segera.

“Dalam kes ini, apa yang difahamkan mahkamah ialah apa yang dilafazkan Harun bergantung kepada pemahaman Arab. Daripada keterangan, mahkamah dapati Arab bukan sahaja rakan sejenayah, tapi orang yang merancang segala-galanya sehingga berlaku pembunuhan si mati,” katanya.

Untuk rekod, Arab yang merupakan penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru telah meninggal dunia pada 12 Nov lalu di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan akibat serangan jantung.

Sebaik sahaja Ab Karim selesai membacakan penghakima­nnya, keluarga tertuduh dilihat menangis kegembiraa­n dan berpelukan sesama mereka manakala Azida, Shaizral Eddie Nizam dan Jefferi yang duduk di kandang tertuduh tidak menunjukka­n sebarang reaksi.

Sepanjang perbicaraa­n mahkamah mendengar keterangan 54 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan yang diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim, Amer Hamzah Arshad dan Mohammad Naim Mahmud mengemukak­an 10 saksi.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh dan Nurul Farahah Mohd Suah. — Bernama

Dalam kes ini, apa yang difahamkan mahkamah ialah apa yang dilafazkan Harun bergantung kepada pemahaman Arab. Daripada keterangan, mahkamah dapati Arab bukan sahaja rakan sejenayah, tapi orang yang merancang segala-galanya sehingga berlaku pembunuhan si mati. Datuk Ab Karim Ab Rahman Pesuruhjay­a Kehakiman

 ?? — Gambar Bernama ?? HUKUM MATI: Sumustapha (kiri) dan Shamsinar dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam selepas disabitkan bersalah membunuh tiga tahun lalu.
— Gambar Bernama HUKUM MATI: Sumustapha (kiri) dan Shamsinar dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam selepas disabitkan bersalah membunuh tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia