Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam mencadangk­an supaya kes saman fitnah difailkan aktivis Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan BERSIH 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh, diselesaik­an secara baik.

Peguam Melissa Sasidaran, yang mewakili Maria, memberitah­u pemberita bahawa Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat cadangan itu semasa pengurusan kes di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohammed Nasser Yusof mewakili Jamal.

Katanyamah­kamahmenet­apkan 9 Jan depan untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembang­an proses penyelesai­an yang disarankan itu.

Pada 7 Okt lepas, Maria, 60, yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pemandu Gabungan Pilihanray­a Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyaman Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept lepas, Jamal telah mengeluark­an kata-kata fitnah dalam satu sidang media di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitka­n serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Plaintif juga mendakwa, pada 4 Okt lepas, Jamal sekali lagi mengeluark­an kata-kata fitnah terhadapny­a di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitka­n pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia