Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk rayu bantuan selesaikan masalah elektrik

Penduduk Kampung Bungan Kecil bergantung kepada jana kuasa walau kabel disambung hampir enam tahun lalu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kira-kira 500 orang dari 80 keluarga yang tinggal di Kampung Bungan Kecil yang terletak di Sungai Igan merayu kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk segera menyelesai­kan masalah elektrik mereka.

Semasa berkunjung ke kampung berkenaan, rata-rata penduduk masih bergantung kepada penjana kuasa untuk mendapatka­n bekalan eletrik, walaupun pada hakikatnya kabel elektrik telah disambungk­an ke rumah mereka hampir enam tahun lalu di bawah Program Elektrik Luar Bandar (REP).

“Kami mahu tahu mengapa meter elektrik masih tidak dipasang selepas bertahunta­hun. Ini adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima,” kata seorang penduduk kampung kepada Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) Robert Lau Hui Yew ketika melawat kampung itu pada Hari Krismas lepas.

Lau yang juga pengerusi SUPP Bawang Assan berada di kampung Melanau yang kebanyakan­nya penduduk Kristian untuk menghadiri sembahyang khas Krismas bersama penduduk kampung di Gereja St Francis Xavier.

Turut serta bersama beliau ialah Sestiausah­a Politik Ketua Menteri Daniel Bujal,

Kami mahu tahu mengapa meter elektrik masih tidak dipasang selepas bertahun-tahun. Ini adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. Penduduk Kampung Bungan Kecil

Timbalan Pengerusi SUPP Bawang Assan Tan Ching Teck, Setiausaha Jason Tay dan beberapa ahli jawatankua­sa cawangan SUPP Bawang Assan Unit Bumiputra.

“Saya akan menyampaik­an aduan dan permintaan rakyat untuk diambil perhatian oleh Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan saya berharap dengan campur tangan menteri masalah akan diselesaik­an secepat mungkin,” tegas Lau memberi jaminan kepada penduduk kampung.

Beliau juga mendedahka­n bahawa masalah yang sama juga dihadapi lebih 70 keluarga di Kampung Bungan Besar yang berhampira­n serta beberapa kampung dan rumah panjang lain di wilayah tengah Sarawak.

Lau berharap pelaksanaa­n projek-projek masa depan akan memberi manfaat kepada rakyat, terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam perkembang­an berasingan, Lau dengan senang hati mendedahka­n bahawa lima unit jeti telah siap pada tahun ini di Kampung Bungan Kecil dengan kos sebanyak RM200,000. Projek berkenaan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Sebagai penyelaras BN bagi kerusi Parlimen Sibu, saya juga membantu untuk memohon kira-kira RM3.5 juta yang digunakan untuk kejayaan membina papan berjalan kaki, tembok penahan dan untuk membeli bahan-bahan membaiki dan membina rumah di bawah RTP,” dedah Lau lagi.

Terdahulu di Gereja St Francis Xavier, Lau menggesa lebih 400 penduduk Bukit Bungan Kecil menghadiri sembahyang khas Krismas dengan menghargai dan menjaga keharmonia­n kaum dan mengamalka­n toleransi agama di Sarawak.

Beliau juga memotong kek sempena sambutan Hari Krismas dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

 ??  ?? SUMBER ELETRIK: Enjin penjana kuasa yang digunakan untuk sumber elektrik di Kampung Bungan Kecil sejak bertahun-tahun lalu.
SUMBER ELETRIK: Enjin penjana kuasa yang digunakan untuk sumber elektrik di Kampung Bungan Kecil sejak bertahun-tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia