Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Pulau Pinang hab transit dadah tidak tepat

Hubungan orang di PP dan Thailand memudahkan sindiket

-

KUALA LUMPUR: Dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa Pulau Pinang sebagai hab transit pengedaran dan penyeludup­an dadah adalah tidak tepat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, sememangny­a negeri berkenaan dari dahulu lagi adalah lokasi yang banyak terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan mahupun pengedaran dadah.

“Janganlah disebabkan dadah itu datang ke Pulau Pinang atau ada dua hingga tiga orang yang terlibat dadah bermakna negeri itu terus menjadi hab dadah.

“Polis sentiasa mengambil tindakan terhadap kumpulan sindiket ini malah kebanyakan kejayaan operasi dadah di Thailand adalah hasil kerjasama polis Malaysia di mana kami sentiasa berkongsi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, di sini, semalam.

Khalid berkata antara faktor berlaku aktiviti dadah adalah perhubunga­n orang Pulau Pinang dengan orang di selatan Thailand dalam urus niaga ini sehingga memudahkan lagi sindiket mengambil kesempatan beroperasi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pemangku Pemerintah Bahagian Pencegahan Narkotik Kawasan 4 Thailand (selatan) Mej Jen Dussadee Choosankij yang mengatakan Pulau Pinang sebagai hab transit

Tetapi dunia telah mengiktira­f bahawa Segi Tiga Emas adalah antara kawasan pengeluar dadah terbesar di dunia... dan Thailand juga adalah sebahagian daripadany­a. Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara

pengedaran dadah.

“Kita kena faham bahawa dadah ini juga datang dari Thailand dan dibawa ke selatan Thailand sebelum diseludup masuk ke Malaysia dan kemudianny­a ke negara lain.

“Tetapi dunia telah mengiktira­f bahawa Segi Tiga Emas adalah antara kawasan pengeluar dadah terbesar di dunia... dan Thailand juga adalah sebahagian daripadany­a,” katanya.

Berikutan itu, Khalid ber- kata kerajaan sedang merangka dasar baharu bagi menghadapi ancaman dadah di negara ini, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata polis sedang menyiasat secara terperinci kes seorang konstabel polis yang cedera ditikam di perut dalam pergaduhan dengan dua lelaki di sebuah restoran di Selayang, kelmarin.

Terdahulu pada majlis itu, Datuk Abdul Ghaffar Rajab dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang baharu bagi menggantik­an Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang bersara hari ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Khalid (dua kanan) menyaksika­n penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard daripada Jalaluddin (kiri) kepada Abdul Ghafar di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Khalid (dua kanan) menyaksika­n penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard daripada Jalaluddin (kiri) kepada Abdul Ghafar di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KESELAMATA­N: Pekerja 7-Eleven Hanny Jazlan Azhar, 23, (kanan) dan Nurul Hazwani Mustaqim, 24, menunjukka­n pelekat kamera beroperasi 24 jam yang dilekatkan pada cermin pada majlis Penyerahan Sticker Safecam di premis 7-Eleven Taman Tasik Indera, Ipoh...
— Gambar Bernama KESELAMATA­N: Pekerja 7-Eleven Hanny Jazlan Azhar, 23, (kanan) dan Nurul Hazwani Mustaqim, 24, menunjukka­n pelekat kamera beroperasi 24 jam yang dilekatkan pada cermin pada majlis Penyerahan Sticker Safecam di premis 7-Eleven Taman Tasik Indera, Ipoh...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia