Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan dua suspek aktif kes samun

-

SEREMBAN: Polis berjaya menahan dua suspek dipercayai terlibat dalam kes ragut dan samun bersenjata, di sebuah rumah di Taman Nusa Intan di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata dua wanita yang merupakan kekasih kepada suspek berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 22 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi dan dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya 10 jenayah samun di daerah ini dan Lembah Klang.

“Modus operandi suspek ialah dengan menaiki motosikal dan mencari mangsa yang boleh dijadikan sasaran. Suspek turut membawa senjata tajam untuk tujuan samun.

“Suspek kemudian akan mengambil barang- barang berharga mangsa dan terus melarikan diri. Bagaimanap­un, tiada laporan suspek mencederak­an mangsa setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, di sini semalam.

Thiew berkata semasa serbuan, polis turut merampas senjata seperti pedang, parang, pisau, gergaji, tukul besi dan peralatan pecah rumah yang digunakan suspek.

“Selain itu, hasil samun seperti telefon bimbit, komputer riba, jam tangan, televisyen, wang tunai RM4,500 dan lainlain turut dirampas.

“Kita juga merampas sebuah motosikal yang digunakan suspek dan sebuah Toyota Estima dipercayai kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Hulu Langat, Selangor,” katanya.

Thiew berkata semasa ser- buan dijalankan, pihak polis turut menjumpai sejumlah kecil dadah iaitu syabu, kanabis, dan pil eramin di rumah sewa yang didiami kesemua suspek dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

Beliau berkata pihak polis sedang memburu seorang lagi suspek berusia 33 tahun.

Sementara itu, dalam majlis tersebut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Dae- rah Seremban yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan itu bagi menggantik­an Supt Abdul Rahim Daud yang dinaikkan pangkat ke Bahagian Urusetia Ketua Polis Negara (Persempada­nan dan Penstruktu­ran Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis) di Bukit Aman, berkuat kuasa 5 Jan tahun depan.

Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Seremban ASP A. Alagaesan pula dilantik memangku jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Seremban. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Thiew menunjukka­n sebahagian barang yang dirampas dari dua pasangan yang terbabit dalam kegiatan ragut dan samun ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat polis Daerah Seremban semlam. Turut hadir Abdul Rahim (dua kiri).
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Thiew menunjukka­n sebahagian barang yang dirampas dari dua pasangan yang terbabit dalam kegiatan ragut dan samun ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat polis Daerah Seremban semlam. Turut hadir Abdul Rahim (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia