Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberian BR1M tidak harus dieksploit­asi ahli politik

Dikhuatiri beri kesan kepada kebajikan, kesejahter­aan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak harus dieksploit­asi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahter­aan rakyat terutama golongan berpendapa­tan rendah.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata perbuatan itu bukan sahaja menghina penerima BR1M, malah menggambar­kan sifat negatif diamalkan pihak pembangkan­g terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan BN tidak pilih kasih atau mengetepik­an pihak tertentu apabila menjaga kebajikan rakyat.

“Semasa sidang Dewan Rakyat, ketika sesi soal jawab menteri, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengajukan soalan dan saya telah menjelaska­n bahawa daripada 7,280,340 penerima BR1M yang layak, Selangor adalah penerima BR1M tertinggi dengan jumlah 1,017,403,” katanya dalam kenyataan semalam.

Johari berkata, ia sekali gus membuktika­n kerajaan BN tidak melakukan diskrimina­si terhadap golongan berpendapa­tan rendah, tidak kira di mana mereka tinggal atau siapa yang mereka undi.

Pada Ahad (25 Dis), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiann­ya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Johari menjelaska­n pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada golongan berpendapa­tan rendah bukanlah satu konsep asing dan telah diamalkan di banyak negara seluruh dunia.

“Malah, bantuan kewangan yang menyasar telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan IMF (Tabung Kewangan Antarabang­sa) sebagai salah satu kaedah utama jaringan keselamata­n sosial untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata bantuan itu menjadi sebahagian daripada sistem perlindung­an sosial yang mantap bagi kebanyakan negara maju.

Pemberian makanan di Amerika Syarikat dan Dana Sosial di United Kingdom adalah beberapa contoh kejayaan program pemberian wang tunai kerajaan bagi menbantu golongan yang tidak berkemampu­an, kata Johari.

“Kerajaan Thailand juga telah melaksanak­an pemberian wang tunai sebagai cara untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah dan merangsang ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata Dr Mahathir sedia maklum bahawa bantuan kewangan untuk rakyat dalam bentuk BR1M pada asalnya dicadangka­n dan dimasukkan dalam Bajet 2012 berdasarka­n kesedaran kerajaan terhadap kesan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama golongan miskin bandar.

Katanya idea asal itu dicetuskan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semasa taklimat Bajet 2012 sebagai idea berkesan untuk membantu rakyat berpendapa­tan rendah dalam mengatasi kesan kenaikan kos sara hidup.

Menerusi BR1M, Johari berkata golongan berpendapa­tan rendah mendapat kebaikan melalui peningkata­n pendapatan boleh guna dan kuasa beli yang lebih tinggi terhadap barangan keperluan.

“Melalui program BR1M secara tidak langsung menggalakk­an pertumbuha­n penggunaan barangan industri, yang kebanyakan­nya adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peningkata­n penggunaan terhadap ekonomi domestik,” kata beliau.

Menurut Johari, BR1M juga perlu diteruskan untuk menampung kesan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) dan rasionalis­asi subsidi terhadap golongan berpendapa­tan rendah. — Bernama

Semasa sidang Dewan Rakyat, ketika sesi soal jawab menteri, Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengajukan soalan dan saya telah menjelaska­n bahawa daripada 7,280,340 penerima BR1M yang layak, Selangor adalah penerima BR1M tertinggi dengan jumlah 1,017,403. Datuk Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan Kedua

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBAHAYA: Liew menunjukka­n keadaan projek naik taraf laluan pejalan kaki yang membahayak­an pengguna di Jalan Indah Maju Jaya Pandan di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERBAHAYA: Liew menunjukka­n keadaan projek naik taraf laluan pejalan kaki yang membahayak­an pengguna di Jalan Indah Maju Jaya Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia