Utusan Borneo (Sarawak)

GERAKAN bidas kerajaan Selangor kos naik taraf ‘walkway’ terlalu mahal

-

ALOR SETAR: Konsortium Asia Petrohub belum mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah secara khusus untuk penggunaan nama baginda dalam projek gergasi syarikat itu yang bakal dilaksanak­an di Yan.

Pengelola Bijaya DiRaja/ Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, malah syarikat itu juga belum mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk melaksanak­an projek bernilai RM89.41 bilion, yang dijangka mula beroperasi dalam tiga tahun lagi.

“Saya diarah memaklumka­n bahawa berita yang tersebar luas di media cetak nasional mengenai projek yang menggunaka­n nama Sul- tan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah mengeliruk­an dan tidak benar,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, semalam.

Pada 27 Nov lalu, Konsortium Asia Petrohub mengumumka­n bakal melaksanak­an projek penambakan tanah dan pembinaan kemudahan penapisan minyak yang akan diberi nama Sultan Abdul Halim Refinery Complex di Yan bernilai lebih AS$20 bilion (RM89.41 bilion).

Konsortium itu telah ditubuhkan oleh IMC London, sekumpulan jurubank dan pembiaya yang berpangkal­an di Britain, dan beberapa syarikat kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pentauliah­an (EPCC) dari Arab Saudi, Eropah, China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. — Bernama KUALA LUMPUR: GERAKAN membidas kerajaan negeri Selangor kerana kos naik taraf ‘ walkway’ atau laluan pejalan kaki sepanjang 1km di Taman Cheras Indah, dekat sini yang menelan belanja RM860,000, yang didakwa terlalu mahal.

Ketua Biro Aduan GERAKAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Ben Liew Pok Boon mendakwa kos itu sebagai tidak munasabah kerana ia hanya melibatkan kerja naik taraf bagi jarak sepanjang 1km sahaja.

“Saya boleh mengatakan bahawa ia merupakan walkway termahal di Malaysia kerana ia menggunaka­n RM860,000 hanya untuk kerja-kerja naik taraf.

“Kami turut tidak pasti apa bahan-bahan binaan yang digunakan untuk kerja-kerja naik taraf itu kerana berdasarka­n pemerhatia­n kontraktor, ia hanya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, Liew turut mempersoal­kan kerja naik taraf laluan pejalan kaki itu yang didakwa tidak siap sepenuhnya kerana masih ada lagi lubang-lubang dan batu-batuan terbiar.

“Ada penduduk yang mendakwa warga emas dan kanakkanak yang menggunaka­n walkway itu jatuh terutamany­a ketika musim hujan kerana keadaannya yang licin dan berlubang.

“Sepatutnya walkway itu perlu dibina pagar bagi keselamata­n penggunany­a namun nampaknya ia belum siap sepenuhnya pun sudah dibuka untuk orang ramai,” katanya.

Liew berkata pihaknya memerlukan penjelasan lanjut mengenai kualiti dan kuantiti bahan-bahan yang digunakan untuk kerja naik taraf walkway itu daripada Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai daripada DAP, Tiew Way Keng.

Sementara itu, penduduk Taman Cheras Indah, Jason Hew, 54, berkata walkway itu dilihat sangat bahaya kerana ia mempunyai pagar yang melindungi pejalan kaki.

“Saya berharap jika MPAJ atau wakil rakyat mahu menaik taraf jalan ataupun fasiliti awam, ia perlu dilakukan secara teliti dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai, bukannya seperti ‘melepaskan batok di tangga’,” katanya.

Sementara itu, anggota Majlis Perbandara­n Ampang Jaya Ho Lee Hien menjelaska­n perbelanja­an sebanyak RM860,000 itu meliputi kerja-kerja menaik taraf jalan di sekitar Taman Cheras Indah.

“Ia bukanlah hanya tertumpu kepada walkway sahaja seperti yang didakwa oleh Liew itu, perbelanja­an itu turut termasuk kerjakerja penurapan jalan-jalan di sekitar kawasan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia