Utusan Borneo (Sarawak)

Conte lebih mementingk­an kejuaraan liga

Chelsea cipta rekod baharu dengan 12 kemenangan berturut-turut selepas benam Bournemout­h 3-0

-

L O N D O N , England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menegaskan beliau memberi fokus kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan tidak melihat kepada rekod baharu kemenangan berturut- turut liga yang dicipta pasukannya Isnin lepas.

Kemenangan 3- 0 ke atas Bournemout­h mencipta rekod baharu kelab – 12 kemenangan liga berturut- turut – kurang satu kemenangan untuk menyamai rekod Arsenal yang dicipta 14 tahun yang lalu dalam satu musim.

Kemenangan ke atas Stoke di Stamford Bridge pada perlawanan seterusnya akan membolehka­n Chelsea berpeluang mencipta satu rekod baharu dengan kemenangan di Tottenham Hotspur.

Conte bagaimanap­un berkata satu- satu perkara yang lebih penting bagi beliau ialah impak ke atas kedudukan liga yang menunjukka­n Chelsea berada selesa di tangga teratas.

“J i k a a n d a bertanya kepada saya, sudah tentu saya berharap untuk terus menang sehingga akhir musim t e t a p i apa yang pasti, ia bukan mudah,” kata Conte.

“S a y a g e m -

Jika anda bertanya kepada saya, sudah” tentu saya berharap untuk terus menang sehingga akhir musim tetapi apa yang pasti, ia bukan mudah. Antonio Conte Pengurus Chelsea

bira m e l i h a t pemain saya bermain dengan penuh fokus, dengan keinginan untuk bersaing dan meneruskan rentak ini. “Untuk memenangi 12 perlawanan berturut- turut bukannya mudah dalam liga ini. “Ia satu tempoh yang hebat tetapi ia penting untuk mengekalka­nnya. Bagi saya, ia penting hanya untuk kedudukan liga. “Dengan 12 kemenangan berturuttu­rut ini, kami mengumpul 36 mata dan kedudukan kami dalam liga adalah sangat hebat. Ia adalah apa yang penting. “Saya sentiasa fikir rekod itu tidak penting jika akhirnya anda tidak mencapai sesuatu yang lebih penting iaitu memenangi ke- juaraan di akhir musim.”

Pedro membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-24 sebelum Eden Hazard menambah jaringan dari satu tendangan penalti, empat minit selepas rehat sebelum Pedro melengka- pkan jaringan pada minit kecederaan.

Kemenangan dicapai tanpa dua bintang utama, penyerang Diego Costa dan pemain tengah N’Golo Kante dan Conte percaya ia hanya meningkatk­an skala pencapaian pasukannya dan akan disedari oleh pencabar utama mereka. “Saya fikir hari ini kami menghantar satu pesanan yang baik,” kata Con

te. “Secara umumnya saya fikir kerana ramai orang mahu melihat jika t a n p a dua pem a i n

mouth, Eddie Howe, mengakui kekalahan telah memberikan p e n g a j a r a n yang baik untuk pasu- penting ini – Costa dan Kane – kami akan tercicir mata pada perlawanan seperti ini. “Ia tidak berlaku, saya gembira dengan kemenangan ini kerana saya boleh mengharapk­an semua pemain dalam skuad. Saya cuba dalam setiap perlawanan untuk membuat keputusan terbaik untuk pasukan tanpa melihat wajah mereka.” Conte memilih meletakkan Hazard sebagai penyerang tengah dan ini memaksa penyerang Michy B a t s h u a y i terus menanti penampilan s u - lung dalam kesebelasa­n utama sejak perpindaha­n bernilai 33 juta pound dari Marseille.

“Selepas perlawanan menentang Crystal Palace, saya berkata kami mempunyai satu minggu untuk mencari formasi permainan, untuk bermain buat kali pertama tanpa Diego, tanpa Kante,” kata Conte.

“Selepas satu minggu, saya membuat keputusan untuk memilih formasi dengan Eden, Pedro dan Willian. Saya gembira dengan prestasi pemain ini.

“Saya fikir Michy adalah pemain yang sangat bagus tetapi beliau masih muda, beliau cuba menyesuaik­an diri dalam liga ini.

“Saya cuba melakukan keputusan terbaik untuk pasukan tetapi saya pasti Michy mungkin dapat menunjukka­n bakatnya pada perlawanan lain.”

Pengurus Bourne- kannya.

“Apabila anda mempunyai Hazard, Pedro dan Willian, serangan pantas yang mereka lakukan adalah sangat sukar,” kata Howe.

“Saya fikir ia mungkin kekurangan kami, kami begitu kerap memberikan ruang kepada mereka untuk melakukan serangan pantas dan kami juga tidak cukup pantas di bahagian pertahanan untuk menanganin­ya. Ia adalah apa yang kami pelajari dari perlawanan ini.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CONTE LICIK: Pemain pertahanan Bournemout­h, Simon Francis menjatuhka­n Hazard (kiri) di dalam petak penalti ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London Isnin lepas.
— Gambar AFP CONTE LICIK: Pemain pertahanan Bournemout­h, Simon Francis menjatuhka­n Hazard (kiri) di dalam petak penalti ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London Isnin lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia