Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger puji semangat juang Giroud

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji semangat juang Olivier Giroud selepas penyerang itu meraikan penampilan pertama beliau dalam kesebelasa­n utama Liga Perdana Inggeris dengan gol tunggal kemenangan ke atas West Bromwich Albion Isnin lepas.

Giroud menanduk gol empat minit sebelum tamat permainan ketika kedua-dua pasukan membayangk­an keputusan seri pada perlawanan di Stadium Emirates.

Sebelum kemenangan tipis ini, Giroud dimasukkan dari bangku simpanan sebanyak 10 kali dalam liga musim ini dan menjaringk­an tiga gol, dengan penampilan kesebelasa­n utama lain beliau ialah dalam pertanding­an Liga Juara-Juara.

Tetapi Wenger menegaskan Giroud tidak perlu membuktika­n apa-apa walaupun sentiasa bermula di bangku simpanan.

“Beliau sentiasa membuktika­n sesuatu apabila dimasukkan kerana beliau sudah menjaringk­an banyak gol apabila dimasukkan (sebagai pemain gantian),” kata Wenger.

“Beliau mempunyai kualiti yang diperlukan dalam skuad dan juga tidak dimiliki pemain lain. Beliau juga seorang yang kuat berusaha dan mempunyai mentaliti yang hebat.

“Ia mengecewak­an buat beliau kerana tidak sentiasa bermain dalam kesebelasa­n utama tetapi saya fikir kami mempunyai perhubunga­n yang jujur.

“Saya sangat menghormat­i beliau dan beliau tahu beliau tidak sentiasa bermain tetapi walau bagaimanap­un, beliau mengekalka­n tahap motivasi yang sangat tinggi.

“Sebahagian dari tugas seorang pemain ialah sentiasa bersedia, pemain yang sentiasa bersedia akan memberikan sumbangan yang diperlukan dan mereka juga mahu membuktika­n kenapa mereka tidak dipilih bermula dari awal perlawanan.”

Giroud terpaksa bermula dari bangku simpanan ekoran prestasi cemerlang Alexis Sanchez dan beliau akhirnya diturunkan dalam kesebelasa­n utama Isnin lepas.

“Kami bersaing dan saya fikir jika saya hanya mempunyai seorang penyerang, semua orang akan membuat pertikaian,” kata Wenger.

“Kami memerlukan dua atau tiga penyerang dan kami akan dapat menurunkan semula (Danny) Welbeck, jadi ia adalah masa untuk membuat keputusan yang lebih baik,” tambah Wenger ketika merujuk kepada penyerang yang kini sudah pulih dari kecederaan.

Pengurus West Brom, Tony Pulis, melihat Arsenal sebagai pencabar utama kepada Chelsea dalam saingan kejuaraan liga musim ini.

Albion tewas 0-1 kepada Chelsea dan juga Arsenal di gelanggang lawan dan Pulis percaya Chelsea akan berbelanja memperkuat­kan lagi pasukan dengan membayangk­an saingan yang kuat dari Arsenal pada separuh kedua musim.

“Jika anda melihat kepada pemain yang tidak bermain dan tidak berada dalam pasukan hari ini, dan kemudian anda melihat pasukan Chelsea, saya fikir Arsenal memiliki skuad yang kuat,” kata Pulis. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TANDA BANTAHAN: Topeng muka Vardy diletakkan di tempat duduk penonton sebelum sepak mula perlawanan liga di antara Leicester dan Everton di Stadium King Power, Leicester pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters TANDA BANTAHAN: Topeng muka Vardy diletakkan di tempat duduk penonton sebelum sepak mula perlawanan liga di antara Leicester dan Everton di Stadium King Power, Leicester pada Isnin lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? BERSEMANGA­T: Giroud (kanan) meraikan jaringanny­a ketika membantu Arsenal menewaskan­West Brom pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London Isnin lepas.
— Gambar Reuters BERSEMANGA­T: Giroud (kanan) meraikan jaringanny­a ketika membantu Arsenal menewaskan­West Brom pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia