Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak bermain untuk memenangi Ballon d’Or: Neymar

-

MADRID, Sepanyol: Bintang kelab Barcelona dan skuad kebangsaan Brazil, Neymar, berkata memenangi trofi Ballon d’Or adalah salah satu impiannya tetapi tidak akan berasa gelisah sekiranya gagal memenangi trofi individu pemain bola sepak dunia itu.

“Jika saya tidak memenangi Ballon d’Or, ia tidak mengapa,” kata beliau dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi laman sesawang rasmi La Liga Sepanyol Isnin lepas apabila ditanya jika beliau kecewa kerana tidak berada dalam senarai akhir tiga pemain untuk anugerah itu tahun ini.

“Saya tidak bermain untuk memenangi Ballon d’Or, saya bermain untuk berasa gembira kerana saya menyukainy­a, ker- ana saya mahu bermain bola sepak. Mal an g n y a , hanya seorang yang bol bo l e h me- menanginya,” tambah beliau.

“Sudah tentu ia adalah salah satu impian saya untuk memenangi Ballon d’Or tetapi saya tidak akan mati jika tidak memenangin­ya.”

Trofi Ballon d’Or sering bertukar tangan di antara penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan Neymar, Lionel Messi sejak sembilan tahun terakhir sejak Kaka memenangin­ya pada 2007.

Neymar berada dalam senarai akhir calon buat kali pertama tahun lepas tetapi tewas kepada Messi, yang memenangin­ya buat kali kelima.

Ronaldo memenangi anugerah tahun ini pada satu majlis awal bulan ini selepas membantu Real Madrid memenangi Liga JuaraJuara dan juga mengetuai kemen kemenangan Portugal di Euro 2 2016.

Sejak berpindah ke Barcelona da dari kelab Brazil, Santos pada 2 2013, Neymar sudah memen memenangi dua kejuaraan liga, d dua piala domestik, Pia Piala Super Sepanyol, L Liga Juara-Juara dan P Piala Kelab Dunia.

Bermain bersamasa sama Messi, penjarin ing gol rekod kelab, da dan Luis Suarez, penja jaring terbanyak liga m musim lepas, Neymar meletakkan dirinya sebagai salah seorang p pemain terbaik dunia. Ketiga- tiga penyerang ini menjaringk kan 131 gol di antara m mereka musim lepas. “Ia agak pelik kerana kami dari tiga negara berbeza, Brazil, Argentina, Urug Uruguay dan kami bermusu musuhan dalam saingan di p peringkat Amerika Selata Selatan,” kata Neymar. — AF AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia