Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens melonjak ke tangga kedua

City kini tujuh mata di belakang Chelsea selepas benam Hull 3-0 di Stadium KCOM

-

Kami menang tetapi seperti biasa, kami bekerja-keras. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

LONDON, England: Yaya Toure menyempurn­akan satu tendangan penalti dan Kelechi Iheanacho turut menjaringk­an gol ketika Manchester City menewaskan Hull City 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Hull bertahan selama lebih dari satu jam sebelum akhirnya bolos apabila Raheem Sterling dikasari Andrew Robertson dalam kotak penalti pada minit ke-72 dan Toure menyempurn­akan tendangan penalti untuk gol pembukaan.

Enam minit kemudian, Kevin De Bruyne, yang melihat rembatan awalnya terkena palang dan David Silva, berganding­an untuk mengumpan bola kepada Iheanacho untuk gol kedua.

Gol sendiri pada minit kecederaan oleh pemain pertahanan Curtis Davies melengkapk­an 20 minit yang malang buat Hull, yang masih belum menang sebarang perlawanan liga sejak menewaskan Southampto­n pada 6 November.

Kemenangan meletakkan City di tangga kedua liga dengan 39 mata, tujuh mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Manchester City akan bertandang ke Liverpool Sabtu ini sementara Hull menanti kunjungan Everton pada hari Jumaat.

“Kami menang tetapi seperti biasa, kami bekerja-keras,” kata Guardiola. “Dalam separuh masa pertama, kami lupa di mana pintu gol, dalam separuh masa kedua, penyerang kami mempunyai peluang dan selepas gol pertama, ia lebih mudah.

“Sentiasa ada tekanan untuk kami kerana kelompok teratas liga adalah sukar dan pasukan lain di tangga teratas menang. Setiap perlawanan yang kami main adalah seperti final.”

Pengurus Hull, Mike Phelan berkata tendangan penalti itu menjadi titik penentu kekalahan pasukannya.

“Andrew Robertson berasa sedih kerana beliau tahu beliau melakukan sesuatu yang mengecewak­an,” jelas Phelan.

“Beliau cuba melakukan sesuatu yang mungkin boleh dilakukan lebih baik oleh rakan sepasukann­ya (melakukan bentesan).

“Sebelum gol (penalti) itu, kami beraksi dengan sangat baik. Kami mengekang dan mengecewak­an pergerakan mereka.” — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Iheanacho (kiri) bersaing dengan pemain Hull, Ahmed Elmohamady ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium KCOM, Kingston upon Hull Isnin lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Iheanacho (kiri) bersaing dengan pemain Hull, Ahmed Elmohamady ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium KCOM, Kingston upon Hull Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia