Utusan Borneo (Sarawak)

‘Hantu Punya Bos!’ drama terbaru lakonan Shukri Yahaya di TV3

-

DEK sikapnya yang baran dan cerewet, pembantu peribadi Shukri Yahaya sudah hilang sabar dan mahu berhenti dengan serta merta.

Benarkah artis berbakat besar yang bersih dengan kontrovers­i ini seorang bos yang berperanga­i seperti hantu?

Ingin tahu perkara sebenarnya? Saksikan drama bersiri terbaharu, ‘Hantu Punya Bos!’ lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa yang kini ditayangka­n menerusi slot Iris mulai hari ini (28 Disember 2016), setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama adaptasi novel oleh nukilan Dekna Lee ini merupakan terbitan MIG Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Feroz Kader dan turut membariska­n artis-artis popular seperti Serina Redzuan, Julia Marin dan Tash Yong.

Abby (Intan Najuwa) mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantik­an tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperanga­i seperti hantu.

Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantin­ya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadiny­a. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkena­lkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberanian­nya. Arrayyan memaafkann­ya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingan­nya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.

Seluruh pejabat mentertawa­kan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua pekerjanya sebanyak 20 peratus. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.

Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatik­an sikap garang Arrayyan pada Abby.

Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadiny­a yang terakhir.

Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinterak­si dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby.

Apakah jalan penyelesai­an yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadiny­a itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatak­an?

Jangan ketinggala­n untuk menonton ‘Hantu Punya Bos!’ lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa yang menghiasi slot Iris, TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a.

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia