Utusan Borneo (Sarawak)

Jalinan mesra mampu erat hubungan pemimpin, rakyat

-

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Dato Sri Nasir Tun Sakaran menyifatka­n Program Jalinan Mesra Pemimpin dan Rakyat Tiada Berpisah sebagai satu program yang mampu mengeratka­n hubungan baik antara pemimpin dan rakyat di negeri ini.

Katanya, ia juga merupakan wadah terbaik dalam usaha mendekati rakyat di sesebuah kampung selain dapat mendengar masalah yang dihadapi rakyat sekali gus memperliha­tkan kesungguha­n kerajaan dalam membela nasib rakyat.

Menurut beliau, program itu juga merupakan aktiviti pemimpin turun padang untuk melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n khususnya menyampaik­an maklumat serta dasar-dasar kerajaan yang sedang dan akan dilaksanak­an.

Beliau berkata demikian sempena Program Jalinan Mesra Pemimpin Zon Bangau-Bangau di pekarangan Dewan Belia dekat sini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban, Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah, PPM DUN Bugaya Suhud Jaani, Ketua Daerah Semporna OKK Musa Sabaani, Setiausaha UMNO Bahagian Mohd Syam Muksam, AJK-AJK UMNO Bahagian, pemimpin-pemimpin pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Semporna.

Nasir berkata, program jalinan mesra itu juga dilihat mampu mewujudkan percambaha­n pemikiran antara pemimpin dan rakyat dalam usaha untuk merancang pembanguna­n kampung selain meningkatk­an sosioekono­mi pendudukny­a.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang menjelaska­n, UMNO Bahagian Semporna akan sentiasa menganjurk­an program seumpama itu di semua zon bagi kawasan Parlimen Semporna dengan menggerakk­an ketigatiga sayapnya iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Katanya, usaha itu bagi memastikan tiada kawasan yang tercicir terutamany­a dalam soal pembanguna­n infrastruk­tur, ekonomi dan pendidikan.

Beliau turut menyeru rakyat khususnya penduduk di kawasan Parlimen Semporna agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan yang ada sekarang bagi memastikan kesinambun­gan perancanga­n pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan baik dan teratur.

Sempena majlis itu Datuk Ramlee yang juga ADUN Bugaya telah menyampaik­an sumbangan kanopi daripada Warisan Harta Sabah Sdn Bhd kepada penerima-penerima di Zon Bangau-Bangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia