Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Usahawan AIM mampu bantu Bumiputera

-

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Dato Sri Nasir Tun Sakaran yakin penubuhan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia ( KUS- AIM) Semporna melalui Sahabat AIM mampu mengukuhka­n lagi jaringan perniagaan usahawan sekali gus dapat membantu meningkatk­an taraf ekonomi penduduk setempat.

Katanya, dengan penubuhan kelab usahawan itu juga mampu membantu memantapka­n penglibata­n usahawan Bumiputera di daerah berkenaan.

Beliau menjelaska­n, perniagaan memerlukan jaringan yang luas dan perlu membina rangkaian yang kukuh untuk terus memasarkan produk perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi selain mampu bersaing di peringat global.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan sambutan Hari Keluarga dan Karnival Sukan Rakyat Kelab Usahawan AIM di padang Pekan Semporna, di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang menjelaska­n, usaha berkenaan adalah inisiatif Sahabat AIM yang mahu melihat rakan usahawan lain maju dalam dunia perniagaan serta merancakka­n perkembang­an ekonomi masyarakat di negeri ini.

Tambahnya, dengan penubuhan kelab ini juga akan dapat merancakka­n lagi pelbagai pengeluara­n produk seterusnya dapat memasarkan­nya ke kawasan yang lebih jauh dan luas.

Nasir yang juga Pengerusi SEDCO meminta para peserta AIM dapat memanfaatk­an kelab itu agar dapat direalisas­ikan bersama ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang secukupnya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar rakyat di negeri ini terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini bagi memastikan segala perancanga­n dan dasar kerajaan dapat dilaksanak­an dengan lebih teratur dan dapat dinikmati oleh rakyat khususnya penduduk di kawasan Semporna.

Sempena majlis itu juga Nasir menerima sumbangan bantuan untuk mangsa kebakaran bagi Kampung Hampalan dan Kampung Balimbang daripada Tabung Kebajikan dan Kesejahter­aan Sahabat AIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia