Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak kurang mampu terima sumbangan peralatan sekolah

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar akan meneruskan program amal komuniti tahunannya ‘Back To School’ dan Program Puteri Prihatin untuk membantu murid-murid yang kurang berkemampu­an membuat persiapan bagi sesi persekolah­an akan datang.

KetuaPuter­iUMNOSepan­ggar Fadilah Sarbi berkata, program itu memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di kawasan pinggir bandar.

Beliau berkata, menerusi program itu Puteri UMNO Sepanggar akan bersama-sama membantu kanak-kanak yang terpilih untuk menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an seperti alat tulis dan beg sebelum bermulanya sesi persekolah­an 2017 serta sumbangan hamper.

“Objektif utama program ini bertujuan mengurangk­an beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehka­n anakanak mereka meneruskan sesi persekolah­an 2017 dengan kelengkapa­n persekolah­an yang mencukupi.

“Ini adalah sebahagian program kemanusiaa­n yang diadakan pada setiap tahun bagi membantu meringanka­n beban keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai kerana kita tidak mahu melihat masalah kemiskinan hidup menjadi penghalang terhadap keperluan pendidikan masyarakat,” katanya sempena program Kembali Ke Sekolah dan Porgram Puteri Prihatin.

Untuk Program Puteri Prihatin, Puteri UMNO Sepanggar telah menyerahka­n bantuan persekolah­an buat anak-anak yang bakal melangkah ke tahun 1 sesi2017da­npenyeraha­nhamper kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang menyambut Hari Krismas yang juga merupakan pemain bola jaring kepada Kontinjen Sepanggar bagi Liga Bola Jaring Pergerakan Puteri UMNO Sabah dan Karnival Sukan UMNO Sabah di Pusat Daerah Mengundi Inanam.

Sementara di Pusat Daerah Mengundi Tebobon, kunjungan kepada wanita muda Kadazan Dusun untuk menyampaik­an sumbangank­epada15ana­k-anak menerima pakaian sekolah dan hamper serta bantuan kewangan kepada dua anak yang sedang menghidap penyakit buah pinggang dan paru-paru berkuman.

Selain itu juga penyerahan borang keahlian 30 ahli baharu bagi penubuhan cawangan baru Puteri UMNO di cawangan Tebobon Bukit yang disaksikan oleh Ketua Cawangan Tebobon Bukit, Anthonius.

Penyerahan bantuan persekolah­an Back To School, Pergerakan Puteri Umno Sepanggar kepada 25 anak-anak Sepanggar di tiga kawasan Pusat Daerah Mengundi iaitu Tebobon, Indah Permai dan Gudon.

Turut hadir sama ahli jawatankua­sa Puteri UMNO Sepanggar.

 ??  ?? PERALATAN SEKOLAH: Puteri Prihatin Puteri Sepanggar menyampaik­an sumbangan di Pusat Daerah Mengundi Inanam.
PERALATAN SEKOLAH: Puteri Prihatin Puteri Sepanggar menyampaik­an sumbangan di Pusat Daerah Mengundi Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia