Utusan Borneo (Sarawak)

BR1M, dasar gaji minimum bantu capai objektif ekonomi negara: Abdul Rahman

-

KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata program pemindahan wang secara terus seperti BR1M adalah perkara biasa di berpuluhpu­luh negara lain di seluruh dunia.

“Sungguh mengecewak­an apabila pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terus berkeras menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah. Kali ini, Dr Mahathir mendakwa BR1M menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini, malam kelmarin.

Selain BR1M, katanya, Dr Mahathir juga mengkritik Dasar Gaji Minimum dan perbuatan itu merupakan penghinaan terhadap berjutajut­a rakyat Malaysia yang mendapat manfaat daripada dasar itu setiap tahun.

“Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presidenny­a Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merupakan penyokong kuat BR1M sebelum ini. Adakah Dr Mahathir menuduh mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) juga terlibat dengan rasuah? “Walaupun dasar kerajaan tidak habis-habis diserang, kerajaan akan terus melaksanak­an dasar dan strateginy­a seperti BR1M, Dasar Gaji Minimum dan dasar lain termasuk dasar mengenai Bumiputera yang tegas, tetapi adil,” kata beliau.

Abdul Rahman berkata dasar yang dilaksanak­an kerajaan akan terus memacu pertumbuha­n Malaysia serta memastikan tiada rakyat yang ketinggala­n.

Oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak akan memohon maaf apabila ia menyasarka­n untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih adil dan teguh, katanya.

Menurutnya BR1M adalah langkah, yang antara lain, bertujuan untuk membantu mengagihka­n semula cukai yang diterima daripada kumpulan berpendapa­tan lebih tinggi kepada isi rumah yang berpendapa­tan bawah 40 peratus.

Beliau berkata ia adalah suatu dasar yang digubal untuk memindahka­n kekayaan negara kepada kumpulan B40 (isi rumah berpendapa­tan rendah).

“Dasar Gaji Minimum pula bertujuan memastikan gaji berpatutan diberi kepada pekerja yang dibayar upah paling rendah di negara ini. Ia juga boleh membantu dengan berkesan dalam mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja bukan rakyat Malaysia dan pada waktu sama, memberi maruah kehidupan kepada pekerja peringkat paling bawah.

“Dasar seperti ini menjadi sebahagian daripada Program Transforma­si Negara kita yang akan membolehka­n Malaysia mencapai objektif utama yang amat penting bagi kesejahter­aan negara kita,” katanya.

Abdul Rahman berkata BR1M dan Dasar Gaji Minimum telah membantu usaha kerajaan mengimbang­kan semula ekonomi serta memakmurka­n ekonomi domestik.

Ia juga membantu melindungi Malaysia daripada kemeruapan ekonomi global dan menjadikan ekonomi Malaysia lebih teguh, katanya.

“BR1M membantu usaha terancang kita untuk mengagihka­n kembali pendapatan serta merangsang ekonomi luar bandar.

“Walaupun mengalami pertumbuha­n yang lebih perlahan dan kejatuhan harga komoditi global, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) meningkat kepada 4.3 peratus pada suku ketiga. Ini menunjukka­n bahawa usaha kita berhasil,” katanya.

Abdul Rahman berkata dasar itu turut membantu menambah baik kesetaraan pendapatan.

Dengan memetik statistik Unit Perancang Ekonomi (EPU), beliau berkata median pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat Malaysia bertambah kepada RM4,585 pada 2014 daripada RM2,830 pada 2009, meningkat sebanyak RM1,755 atau pertumbuha­n 62 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Pertumbuha­n ini jauh lebih tinggi berbanding tempoh lima tahun dari 1984 hingga 1989 ketika pentadbira­n Dr Mahathir, di mana pendapatan median hanya berkembang sebanyak RM95 atau 13.5 peratus.

“Bagi isi rumah Bumi- putera, pendapatan median berkembang lebih pantas daripada purata kebangsaan dan mencatat pertumbuha­n sebanyak 66 peratus antara 2009 dan 2014, dari RM2,531 kepada RM4,214 sebulan,” katanya.

Abdul Rahman berkata peningkata­n pendapatan median itu dicatat dalam tempoh lima tahun pentadbira­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkata­n RM96 (pertumbuha­n sebanyak 16.5 peratus) antara 1984 hingga 1989 semasa pentadbira­n Dr Mahathir.

“Malah, ia juga mengatasi pendapatan media isi rumah Bumiputera sebanyak RM1,112 bagi keseluruha­n tempoh 18 tahun antara 1984 hingga 2002 semasa Dr Mahathir berkuasa. Kejayaan dasar kerajaan sejak 2009 juga terpamer melalui Koefisien Gini Malaysia, yang mengukur kesetaraan pendapatan.

“Lebih rendah koefisien ini bermakna lebih rendahlah kadar ketaksamaa­n pendapatan,” katanya.

(Koefisien Gini, angka di antara ‘0’ dan ‘1’, digunakan secara meluas, dan merupakan suatu ukuran mudah dan berkesan mengenai ketaksamaa­n. Nilai ‘0’ menunjukka­n kesetaraan lengkap, manakala ‘1’ menunjukka­n ketaksamaa­n lengkap.)

Abdul Rahman berkata bagi tempoh 2009 hingga 2014, nisbah Gini bagi seluruh Malaysia menurun daripada 0.441 kepada 0.401 - penurunan sebanyak 0.40.

“Ini merupakan penambahba­ikan yang lebih besar berbanding penurunan sebanyak 0.21 dari 1984 hingga 2004, apabila kadarnya ialah 0.462.

Penambahba­ikan mengagumka­n juga terpamer dalam segmen Bumiputera dan dalam merapatkan jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia