Utusan Borneo (Sarawak)

UOB M’sia sasar tingkat pemegang kad kredit, kad debit sebanyak 13%

-

KUALA LUMPUR: United Overseas Bank (UOB) Bhd menyasar untuk meningkatk­an asas pemegang kad kredit dan debit tempatan sebanyak 13 peratus.

Bank juga menjangka dapat meningkatk­an jumlah pembayaran sebanyak 14 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Bagi menyesuaik­an keperluan golongan mewah di Malaysia melancong, kami telah memulakan perkongsia­n serantau dengan jenama berkaitan perjalanan untuk mengukuhka­n tawaran kami kepada pelanggan- pelanggan ini.

“Kerjasama ini terus meningkatk­an tawaran kami sete- lah kami meningkatk­an bahagian pasaran dalam segmen ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmat­an Kewangan Peribadi bagi Malaysia, Ronnie Lim.

Dalam kaji selidik UOB baru-baru ini, “Tinjauan Pengguna Mewah 2016”, mendapati secara purata, lebih sembilan daripada 10 rakyat Malaysia ke luar negara sekurang-kurangnya sekali tahun.

Ronnie berkata oleh itu, UOB ingin menawarkan produk yang menjimatka­n kos dan penyelesai­an untuk memenuhi keperluan mereka.

“Kad kredit seperti UOB PRVI Miles, menawarkan insentif bonus untuk perjalanan, membantu pelanggan mendapatka­n ganjaran mata bagi penerbanga­n.

“Pelanggan kaya di rantau ini mahu produk dan perkhidmat­an yang memenuhi keperluan gaya hidup dan ini termasuk kebiasaan perjalanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

UOB telah bekerjasam­a dengan Singapore Airlines, Expedia dan Kaligo untuk kempen pertama kali bagi perjalanan seluruh rantau. Ia bertujuan membantu pelanggan berbelanja, terutamany­a di negara-negara Asia Tenggara.

Lim berkata pada masa ini pengguna Malaysia memilih destinasi Asia untuk memaksimum­kan kuasa beli mereka, dibantu oleh peningkata­n jumlah penerbanga­n di rantau ini, di samping harga tambang pergi balik yang kompetitif.

Pemegang kad UOB Malaysia berpeluang untuk menerima sehingga 60,000 mata ganjaran KrisFlyer, yang boleh ditebus untuk tiket pergi balik sama ada ke Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Jepun atau Korea, dengan membelanja­kan RM750 dalam satu resit.

UOB Malaysia juga akan memberikan mata ganjaran KrisFlyer bersamaan 10 juta sehingga 31 Jan, 2017, yang boleh ditebus untuk penerbanga­n SilkAir ( cabang serantau Singapore Airlines). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia