Utusan Borneo (Sarawak)

RAM Ratings jangka terbitan sekuriti kerajaan 2017 cecah RM110 bilion

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkak­an terbitan sekuriti kerajaan bagi tahun depan akan berjumlah antara RM100 bilion dan RM110 bilion.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, agensi penarafan itu berkata unjuran itu mengambil kira keperluan pembiayaan kerajaan bagi tahun depan.

Bagi tempoh tahun ini setakat November lepas, terbitan kasar sekuriti kerajaan mencecah RM92 bilion dan RAM Ratings menjangkak­an terbitan tahun penuh dalam lingkungan RM90 bilion hingga RM100 bilion.

“Jumlah terbitan kasar korporat pula sebanyak RM81.4 bilion bagi tempoh Januari-November 2016 dan ia menepati unjuran kami antara RM75 bilion dan RM85 bilion pada tahun ini.

“Kami dapati terbitan tahun ini lebih memberangs­angkan, didorong oleh kedua-dua entiti swasta dan separa kerajaan dengan peningkata­n tahun ke tahun masing-masing sebanyak 9.1 peratus dan 83.3 peratus,” katanya.

RAM Ratings menyifatka­n peningkata­n mendadak terbitan separa kerajaan kepada terbitan baharu ke dalam pasaran dan institusi sedia ada, terutama entiti berkaitan utiliti dan pengangkut­an melibatkan jumlah lebih besar sepanjang tahun ini.

Ia juga menjangkak­an terbitan kasar korporat bagi tahun penuh akan mencecah RM75 bilion dan RM85 bil- ion, berdasarka­n terbitan yang dirancangk­an.

Mengulas prestasi bagi 2016, RAM Ratings menyifatka­n pasaran pendapatan tetap Malaysia sebagai lemah, sebahagian­nya dipengaruh­i oleh sentimen pasaran membabitka­n hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat apabila para pelabur terpaksa memilih antara meraih pulangan atau mengelak risiko.

Pasaran bon Malaysia turut menyaksika­n pengaliran keluar bersih sebanyak RM19.9 bilion pada November lepas susulan kemenangan Presiden Donald Trump yang di luar jangkaan serta mencetuska­n ketidakten­tuan.

Malah, menurut RAM Ratings, langkah Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini untuk mengekang dagangan ringgit di luar pesisir juga berkemungk­inan turut mencermink­an jumlah pengaliran keluar bagi bulan berkenaan.

“Sejak pengumuman BNM, timbul spekulasi mengenai kemungkina­n kecairan pasaran hadapan tukaran asing dalam negara akan dipertingk­atkan.

“Kesemua langkah ini, sebahagian­nya bagi memperkuku­hkan ringgit, terbukti berjaya.

“Bagaimanap­un, sehingga pasaran tukaran asing dalam negara lebih kukuh, kami menjangkak­an penyertaan pelabur asing dalam pasaran bon akan berkuranga­n bagi tempoh sekurang- kurangnya satu lagi suku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia