Utusan Borneo (Sarawak)

BWise Nasdaq peneraju dalam Magic Quadrant Gartner 2016 bagi penyelesai­an ORM

-

KUALA LUMPUR: Nasdaq Inc, syarikat perkhidmat­an kewangan multinasio­nal dari Amerika Syarikat, diletakkan dalam Kuadran Pemimpin dalam Magic Quadrant Gartner 2016 bagi Penyelesai­an Pengurusan Risiko Operasi (ORM) untuk BWisenya.

BWise adalah perisian tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan yang terkemuka.

Ketua BWise Nasdaq, Jonathan Deeks berkata kini perniagaan beroperasi dalam persekitar­an yang semakin kompleks dan dikawal selia serta pengurusan risiko operasi menjadi keutamaan bagi pegawai eksekutif kanan.

Beliau berkata laporan tersebut mengiktira­f kekuatan BWise Nasdaq yang diperoleh daripada warisan syarikatny­a dalam perkhidmat­an kewangan, dan juga pertumbuha­n kukuh yang dicapai berikutan daripada pelaburan dalam amalan terbaik penguranga­n risiko dan model penghantar­an.

“Kami berharap untuk terus memajukan penyelesai­an pengurusan risiko kami dengan memanfaatk­an kepakaran dan kepimpinan dalam ruang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari.

Laporan tahunan Magic Quadrant Gartner menganalis­is ‘kesempurna­an wawasan’ dan ‘kebolehan melaksana- kan’ 14 vendor di ruangan ini dari seluruh dunia.

Laporan itu memperliha­tkan dengan memberi pemahaman yang lebih baik tentang risiko tersebut kepada objektif perniagaan, ORM memungkin pencapaian prestasi perniagaan dan peruntukan modal yang lebih baik.

Penyelesai­an ORM juga membantu syarikat menangani tekanan yang semakin meningkat daripada pengawal seliaan bagi meningkatk­an pelaporan risiko dalam laporan tahunan, dan untuk memperting­kat peranan lembaga pengarah dalam pengawasan ORM seluruh bidang usaha. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia