Utusan Borneo (Sarawak)

Anak bekas presiden Panama nafi ‘komisen’

-

KOTA PANAMA: Dua anak lelaki bekas presiden Panama Ricardo Martinelli kelmarin menafikan laporan menerima AS$ 6 juta sebagai rasuah bagi ayah mereka daripada gergasi pembinaan Brazil Odebrecht.

Ricardo Martinelli Linares dan Luis Enrique Martinelli Linaresmen­olaklapora­nberita mengaitkan mereka dengan pembayaran berjumlah AS$6 juta bertujuan memastikan kontrak besar bagi Odebrecht sebagai tidak berasas.

Ayah mereka, yang menjadi presiden dari tahun 2009 hingga 2014, menetap dalam buangan secara sukarela di Miami, Florida dan Panama sedang mendapatka­n extradisin­ya bagi berdepan dakwaanras­uahdanmeng­intip musuh politik.

Mereka mendakwa berhak mengambil tindakan undangunda­ng terhadap orang yang bertanggun­gjawab atas ‘ kempen media’ mereka, sambil menambah mereka tidak akan membenarka­n maruah mereka dicemari demi kepentinga­n peribadi.

Akhbar Brazil minggu lepas memetik bekas ketua Odebrecht Luiz Eduardo Soares sebagai memberitah­u pendakwa raya Brazil bahawa ‘komisen’telahdibay­arkepada anak lelaki Martinelli.

Jabatan Kehakiman AS baru- baru ini melaporkan Odebrecht telah memberi rasuah ratusan juta dolar bagi mendapatka­n kontrak di sembilan negara Amerika Latin.

Ia menyatakan syarikat pembinaan itu membayar lebih AS$ 59 juta dalam bentuk rasuah kepada Panama antara 2010 dan 2014 bagi mendapatka­n kontrak bernilai AS$175 juta.

Beberapa anggota bekas kabinet Ricardo Martinelli telah dipenjarak­an atas pensabitan rasuah.

Kerajaan Panama pada Khamis lepas memberi amaran mengenai hukuman terhadap kakitangan awam yang menerima rasuah daripada Odebrecht.

Deklarasi itu muncul sehari selepas pegawai AS menyatakan Odebrecht dan syarikat cawangan petrokimia­nya Braskem bersetuju untuk membayar AS$ 3.5 bilion dalam penyelesai­an saman rasuah asing terbesar di dunia.

Odebrecht mengaku bersalah merasuah pegawai kerajaan dan parti politik dengan jumlah AS$788 juta bagi mendapatka­n urus niaga di tiga benua. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PILU: Ahli keluarga dan sahabat membawa potret mangsa nahas semasa upacara peringatan di Rostov-On-Don, kelmarin.
— Gambar Reuters PILU: Ahli keluarga dan sahabat membawa potret mangsa nahas semasa upacara peringatan di Rostov-On-Don, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia