Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih sejuta hadiri parti hari jadi gadis

-

SAN LUIS POTOS: Rubi, seorang remaja di sebuah pekan di Mexico, menerima lebih sejuta tetamu ketika parti hari jadinya yang ke15 kelmarin selepas video jemputan ibu bapanya bagi majlis mercu tanda itu tersebar dalam talian.

Parti hari jadi ke-15 untuk gadis adalah sambutan besar di Amerika Latin, di mana keluarga biasanya memberikan keistimewa­an untuk menyambut mereka ke alam kewanitaan.

Namun parti ‘quinceaner­a’ untuk Rubi menjadi fenomena baharu selepas jemputan menjadi sensasi Internet yang luar biasa. “Hai, apa khabar? “Kami ingin menjemput anda pada 26 Disember ini untuk parti ulang tahun ke-15 anak gadis kami Rubi Ibarra Garcia di La Joya,” ayahnya, Crescencio, menyatakan dalam video tersebut.

Memakai topi koboi yang lazim digunakan di utara Mexico, beliau telah menandakan nama- nama kumpulan yang akan bermain pada parti tersebut dan mengumumka­n perlumbaan kuda dengan satu hadiah berjumlah 10,000 peso, ketika isteri beliau dan Rubi yang sekarang terkenal turut tampil di sisinya.

“Semua orang adalah dijemput,” kata beliau.

Sekarang ia adalah masa untuk keluarga tersebut menunaikan jemputanny­a setelah 1.3 juta pengguna Facebook membalas bahawa mereka akan menghadiri­nya.

Ia menjanjika­n satu perkara yang sangat besar bagi La Joya, sebuah kampung yang cuma mempunyai 200 penduduk berhampira­n dengan bandar San Luis Potosi.

“Perkara ini sudah berada di luar kawalan,” menurut Crescencio dalam salah satu daripada siri temu bual media yang telah dihadiriny­a.

“Itu tidak bermakna kami tidak ingin untuk menjemput sesiapa, sudah pastinya, namun di sini parti kami adalah peringkat wilayah.

“Ini adalah sesuatu yang kami tidak jangkakan,” tambahnya lanjut.

Rubi sendiri telah mendapat beberapa permintaan untuk temu bual, menjadi seperti sensasi negara dengan rambut gelapnya, senyuman comel dan pendakap giginya.

Se b u a h sy a r i k a t penerbanga­n pula menukar suasana kepada publisiti percuma, menawarkan tiket diskaun untuk ke parti tersebut.

Lebih melucukan, satu permainan video telah muncul di mana seorang gadis berjalan di atas karpet merah, melontar kad jemputan dan barangan.

Ke l u a r g a te r s e b u t menyatakan mereka mulanya menjangkak­an kira-kira 800 orang ke parti tersebut.

Pihak berkuasa tempatan kemudian memutuskan untuk memindahka­n sambutan itu ke sebuah padang terbuka yang besar dan memberikan maklumat keselamata­n bagi apa yang dikatakan oleh media Mexico sebagai ‘parti terhebat sepanjang tahun’.

Bagaimanap­un, tidak semua orang di Mexico mendapati perkara itu mengagumka­n.

“Semua i ni sudah mencetuska­n skandal,” menurut Mercedes Poire, ketua Pusat Pandangan Umum di Universida­d Del Valle de Mexico.

“Kita berdepan risiko besar kejatuhan masyarakat yang tidak masuk akal.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CANTIK: Rubi dan bapanya Cresencio Ibarra menari semasa parti hari jadinya yang ke-15 di Villa Guadalupe, San luis Potosi kelmarin.
— Gambar AFP CANTIK: Rubi dan bapanya Cresencio Ibarra menari semasa parti hari jadinya yang ke-15 di Villa Guadalupe, San luis Potosi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia