Utusan Borneo (Sarawak)

‘ PUSARA’ JALAN RAYA

Jalan raya terus jadi medan maut dengan dua kes kemalangan babitkan motosikal dicatat.

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Jalan raya terus menjadi medan maut apabila dua kes kemalangan dicatat di dua lokasi berasingan di sini.

Dalam kejadian pertama, seorang penunggang motosikal berumur 21 tahun maut di tempat kejadian selepas melanggar bahagian depan kanan sebuah kereta di simpang Jalan Batu 10/Jalan Kuap Malihah.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi apabila Mohd Zainul Iqbal Nawi dikatakan sedang bergerak lurus dari Batu 10 menuju ke arah Jalan Serian.

Manakala, kereta terbabit keluar dari simpang Kuap menuju ke arah Batu 10.

Akibat pelanggara­n tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kedua yang turut membabitka­n motosikal, seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kampung Hulu, Serian dekat sini terbunuh dalam kemalangan jalan raya sekitar jam 11.20 malam kelmarin di Kilometer 61 Jalan Kuching/Serian/Sri Aman.

Penunggang motosikal Mohammad Haziq Irsyaduddi­n Ismail, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan luka di bahagian rusuk kanan badan.

Rakan mangsa Eirsard Emier Yahya, 20, mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Hospital Daerah Serian menggunaka­n ambulans sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaa­n lanjut.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang­i mangsa dalam perjalanan dari arah pasar Serian berhenti di tengah jalan dan hendak membelok ke simpang kanan menuju ke Kampung Hulu Serian.

Bagaimanap­un, mangsa dan rakannya dilanggar sebuah bas dari arah belakang menyebabka­n mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakannya pula terpelanti­ng ke atas bonet sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah Sri Aman.

Mayat telah dihantar ke Hospital Daerah Serian untuk bedah siasat.

Kedua-dua kes sedang dalam siasatan lanjut pihak polis.

 ??  ?? TRAGIS: Mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan dekat Batu 10, Kuching. MAUT: Motosikal mangsa terperosok di bawah tayar bas dalam kemalangan dekat Serian.
TRAGIS: Mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan dekat Batu 10, Kuching. MAUT: Motosikal mangsa terperosok di bawah tayar bas dalam kemalangan dekat Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia