Utusan Borneo (Sarawak)

REFLEKTOR: PERSATUAN LORI MOHON KELONGGARA­N

-

KUCHING: Persatuan Pengangkut­an Lori Sarawak meminta kelonggara­n daripada kerajaan bagi pemasangan reflektor belakang dan tepi iMS 828:2011 pada kenderaan perdaganga­n di sini.

Presiden Persatuan Pengangkut­an Lori Sarawak Jong Foh Jit berkata, ia ekoran aduan daripada sebilangan pemilik lori yang mendakwa reflektor berkenaan dijual pada harga yang agak mahal berbanding sebelumnya.

“Reflektor ini dijual pada harga RM60 sehingga RM80 satu. Tetapi kenderaan berat memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tujuh reflektor pada satu badan lori dan ia agak mahal berbanding reflektor sebelum ini yang cuma berharga RM20 ke RM30 sahaja,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

“Pihak kami tahu bahawa ia telah dipersetuj­ui sebelum ini untuk digunakan di jalan raya sejak 2012 dan kami tidak menentang kerana terbukti kualiti reflektor itu sebenarnya lebih baik berbanding yang dahulu,” katanya.

Bagaimanap­un, ujarnya, harga reflektor yang dikeluarka­n oleh 3M Malaysia Sdn Bhd dan ORAFOL Reflective Solutions Sdn Bhd didapati agak mahal untuk pemilik lori yang kurang berkemampu­an.

“Tapi kami akur dengan undangunda­ng oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang telah menetapkan setiap kenderaan perdaganga­n hendaklah menggunaka­n reflektor yang telah ditetapkan berkenaan.

“Cuma kami berharap agar kenderaan komersil dan berat yang telah menjalani pemeriksaa­n di PUSPAKOM sehingga tamat 31 Disember 2016 diberi kelonggara­n untuk menukar kepada reflektor yang baharu bagi tempoh enam bulan akan datang apabila mereka perlu membuat pemeriksaa­n PUSPAKOM sekali lagi,” tambahnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Pemilik Lori PanMalaysi­a.

Reflektor yang telah dibangunka­n oleh SIRIM pada 2011 iaitu MS 828:2011 berdasarka­n peraturan UN 104 (RetroRefle­ctive Markings for Heavy & Long Vehichles) berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Ia dilaksana bertujuan meningkatk­an keselamata­n pengguna jalan raya lain terutama pada waktu malam selain mengurangk­an jumlah kes kemalangan di negara ini.

Penguatkua­saan JPJ bagaimanap­un, telah ditetapkan bermula 1 Januari 2017 dengan kenderaan perdaganga­n yang mempunyai BDM 3500kg dan ke atas adalah wajib menggunaka­n reflektor berkenaan di bahagian tepi dan belakang kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal berbuat demikian akan dikenakan kompaun maksimum RM300 atau denda tidak kurang daripada RM2,000 atau penjara tidak kurang daripada enam bulan jika sabit kesalahan di bawah UndangUnda­ng 9A, Akta Pengangkut­an 1987.

 ??  ?? AGAK MAHAL: Jong menunjukka­n reflektor yang dinyatakan beliau pada sidang medianya semalam.
AGAK MAHAL: Jong menunjukka­n reflektor yang dinyatakan beliau pada sidang medianya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia