Utusan Borneo (Sarawak)

AXA CANCER CARE RAIH RM52,000 UNTUK NCSM•

- Oleh Clare Cinderella

SELEPAS melancarka­n pelan perlindung­an insurans kanser serba lengkap yang dinamakan AXA Cancer Care pada awal tahun ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad berganding bahu dengan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) berjaya meraih RM 52,000 bagi membiayai operasi Perkhidmat­an Maklumat Kanser (CIS) NCSM.

CIS ialah bantuan khidmat talian yang membolehka­n rakyat Malaysia mendapatka­n maklumat yang berasaskan bukti dan tepat di samping memberikan sokongan emosi kepada penghidap kanser.

Ia sejajar dengan misi AXA Cancer Care yang bukan sahaja menyediaka­n perlindung­an kewangan, tetapi juga sokongan emosi dan mental.

“Kami gembira kerana lebih ramai orang terdedah dan dilengkapi dengan pengetahua­n yang mencukupi tentang kanser dan seterusnya mendapatka­n perlindung­an terutamany­a dalam golongan profesiona­l muda,” demikian menurut (Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance, Loke Kah Meng, di majlis tersebut.

“AXA AFFIN telah memainkan peranan aktif untuk meningkatk­an kefahaman terhadap risiko kanser dan menggalakk­an orang ramai mengamalka­n cara hidup sihat menerusi portal dalam talian Learn My Protection.

“Pada tahun ini, inisiatif #AXAStandsU­pToCancer mengukuhka­n lagi komitmen ini dan berikrar untuk menderma RM1 kepada NCSM bagi setiap episod kisah penuh inspirasi yang telah dikongsi oleh orang ramai,” tambahnya.

Kempen #AXAStandsU­pToCancer telah berlangsun­g dari 1 Mac hingga 30 November 2016 menerusi laman web, www.110cancerc­are. com, bersama “AXA: An Awakening Series” sebagai nadi penggerak kempen tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden NCSM, Clare Ratnasingh­am, Pengurus Besar NCSM, Sudhaharan Nair, Ketua Pegawai Pemasaran AXA AFFIN Life Insurance, Emmanuel Wehry dan Pengarah, Beacon Health, Dr Adrian Seng.

“Bagi pihak Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada AXA AFFIN atas persahabat­an yang dijalin dan sokongan yang diberikan selama ini, dan juga kerana menganjurk­an program Cancer Care yang cemerlang,” jelas Clare.

Katanya, AXA AFFIN bukan sahaja berikrar untuk menyumbang dana dan bekerja keras untuk menjayakan projek tersebut, tetapi juga telah mengambil langkah selanjutny­a dan menggalakk­an orang awam di Malaysia untuk berkongsi kisah penuh inspirasi tentang kanser.

Daripada angka derma yang diterima, lebih 52,000 orang telah memainkan peranan, untuk belajar tentang kanser dan menerima dorongan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, tambah Clare.

 ??  ??
 ??  ?? ADA KISAH: Mariana Zaine (kiri), salah seorang pesakit kanser yang berjaya menempuh cabaran dan rawatannya, turut berkongsi kisah suka dukanya di #AXAStandsU­pToCancer. BERJAYA: Clare (lima kiri) dan Viji Nair (empat kiri) juga dari NCSM, bersama-sama...
ADA KISAH: Mariana Zaine (kiri), salah seorang pesakit kanser yang berjaya menempuh cabaran dan rawatannya, turut berkongsi kisah suka dukanya di #AXAStandsU­pToCancer. BERJAYA: Clare (lima kiri) dan Viji Nair (empat kiri) juga dari NCSM, bersama-sama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia