Utusan Borneo (Sarawak)

‘7 Hari Mencintaik­u’ trending, catat rating tinggi

-

KISAH percintaan Mia dan Khuzairi yang berliku-liku akhirnya bernoktahk­an kegembiraa­n!

Hampir lima juta penonton berpuas hati apabila krisis rumah tangga Mia dan Khuzairi berjaya diselamatk­an selepas pelbagai dugaan yang harus dilalui oleh pasangan ini.

Rating terkumpul untuk semua episod ‘7 Hari Mencintaik­u’ ini berjumlah 12 juta penonton dan rating untuk satu jam siaran dari jam 6.58 malam sehingga 8 malam pada episod akhir telah mencecah 5 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measuremen­t).

Drama bersiri 28 episod terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. lakonan hebat oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Aman Graseka, Liza Abdullah dan Jaja Illiyes DFKL ini telah menjadi ‘kegilaan’ orang ramai sejak disiarkan pada 7 November 2016 menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang.

‘7 Hari Mencintaik­u’ turut menjadi topik perbincang­an yang hangat di laman sosial Twitter setiap kali bersiaran di kaca televisyen apabila berjaya memonopoli takhta trending nombor satu di Malaysia dengan kata kunci #7HariMenci­ntaiku.

Lebih menarik lagi, bukan watak Mia dan Khuzairi sahaja yang berjaya menjadi tumpuan orang ramai. Salah satu babak drama yang amat menyedihka­n sehingga berjaya menjadi trending di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah apabila watak Buntat (lakonan adik Mohd Ariff) meninggal dunia ketika dia cuba untuk menyelamat­kan Mia daripada dipukul oleh Khalil (Engku Haris). Tambahan lagi, watak Pak Samad (Aman Graseka) juga hangat diperkatak­an sehingga menjadi idola kegilaan ramai wanita.

Menurut pengarah drama bersiri ‘7 Hari Mencintaik­u’, Jamal Khan, beliau tidak menyangka sama sekali drama ini akan mendapat sambutan di luar dugaan.

“Pertama sekali, syukur Alhamdulil­lah atas pencapaian yang amat membanggak­an ini. Sebenarnya, saya dan pihak produksi langsung tidak menyangka bahawa drama ini akan menjadi satu fenomena yang hebat di seluruh Malaysia. Lakonan setiap watak seperti Buntat, Mak Leha, Pak Samad, Helmi dan ramai lagi dalam drama ini juga amat hidup sehingga berjaya mendapat perhatian dari orang ramai,” katanya.

“Selain itu, drama ini bukan sahaja menitikber­atkan kisah percintaan antara Mia dan Khuzairi. Pada pendapat saya, antara elemen unik dalam drama ini yang patut diambil contoh oleh orang ramai adalah elemen kekeluarga­an dan persahabat­an.

“Saya ingin memberi penghargaa­n kepada pencipta cerita ini iaitu Siti Rosmizah kerana berjaya menghasilk­an sebuah karya yang berjaya menyentuh hati orang ramai. Saya turut ingin mengucapka­n terima kasih kepada barisan pelakon yang telah bekerjasam­a untuk menjayakan siri drama ini,” tambahnya.

‘7 Hari Mencintaik­u’ mengisahka­n Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Engku Haris) menghilang­kan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil. Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunaka­n wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddi­n Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggu­i masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangka­n wang tersebut.

Pada hari pernikahan­nya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluargany­a tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya.

Khalil sanggup mengkhiana­ti Mia untuk menyelamat­kan syarikat ayahnya.

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamat­kan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggala­h pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalk­an suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapann­ya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktika­n cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

Untuk mendapatka­n maklumat dan perkembang­an terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TRENDING: Barisan pelakon ‘7 Hari Mencintaik­u’.
TRENDING: Barisan pelakon ‘7 Hari Mencintaik­u’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia