Utusan Borneo (Sarawak)

BR1M tidak harus dianggap rasuah

BR1M adalah inisiatif kerajaan membantu mengurangk­an bebanan rakyat akibat kos sara hidup yang kian meningkat

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan BR1M, malah menambah jumlahnya daripada RM900 kepada RM1,200 bagi isi rumah berpendapa­tan bawah RM3,000 pada tahun depan.

MIRI: Setiap bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak harus dianggap satu elemen ‘gula-gula’ atau rasuah bagi mendapat sokongan rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata BR1M dilancarka­n sejak 2012 adalah inisiatif kerajaan membantu mengurangk­an bebanan rakyat disebabkan kos sara hidup yang kian meningkat.

“Rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan BR1M, malah menambah jumlahnya daripada RM900 kepada RM1,200 bagi isi rumah berpendapa­tan bawah RM3,000 pada tahun depan,” katanya di sini semalam.

Katanya di Parlimen Sibuti jumlah pemohon baharu meningkat kira-kira 1,000

Ahmad Lai Bujang Ahli Parlimen Sibuti

orang dan membuktika­n pentingnya bantuan itu bagi meringanka­n beban rakyat.

Tambahnya, individu bujang dan keluarga berpendapa­tan isi rumah bawah RM3,000 dikesan paling ramai memohon BR1M di kontituens­i itu.

“BR1M merupakan ban- tuan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama isi rumah berpendapa­tan bawah RM4,000 dan bujang kerana boleh digunakan untuk membeli barangan persekolah­an anak-anak dan sebagainya,” jelas beliau.

Menurutnya, pengagihan BR1M tahun depan amat mudah kerana disalurkan terus ke akaun bank penerima berbanding secara manual atau menuntut di kaunter atau bank seperti sebelumnya.

Sementara itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BR1M adalah rasuah terbesar yang dilakukan di negara ini.

Pandangan bekas Perdana Menteri itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk penerima BR1M yang menganggap Tun Mahathir sudah tidak relevan dalam mempersoal dasar-dasar kerajaan.

 ??  ??
 ??  ?? MESYUARAT: Wong (duduk, empat kiri) bersama jawatankua­sa induk GPCBL malam kelmarin.
MESYUARAT: Wong (duduk, empat kiri) bersama jawatankua­sa induk GPCBL malam kelmarin.
 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia