Utusan Borneo (Sarawak)

-

TIMBALAN Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datu Gerawat Gala memuji keenakan rasa makanan masyarakat Hakka Baram, terutama masakan tradisiona­lnya yang campuran dengan pelbagai herba dan sayuran.

Menurut Gerawat, selain enak dan menyihatka­n kerana berasaskan sayuran, masakan tersebut sesuai dan boleh dikongsika­n dengan masyarakat lain.

“Dengan cara berkongsi resipi masakan dan makanan tradisi kita dengan suku kaum lain dan antara satu sama lain, secara tidak langsung ia boleh mempromosi­kan kebudayaan dan identiti kita menerusi masakan seperti ‘Lei Cha’ yang amat terkenal dari kaum Hakka ini,” katanya.

Justeru Gerawat mahu pemimpin Persatuan Hakka supaya mengingatk­an masyarakat­nya agar mengekalka­n gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sihat untuk generasi muda mereka.

“Makanan bersayur seperti Lei Cha ini mengandung­i banyak khasiat dan ia juga lebih menyihatka­n berbanding dengan selera anak-anak zaman sekarang yang lebih suka makanan segera.

“Adalah baik anda mendidik anak-anak untuk belajar makan Lei Cha untuk kesihatan mereka daripada memakan makanan segera,” tambah beliau lagi.

Gerawat berkata demikian ketika berucap merasmikan Masakan Lei Cha anjuran Persatuan Hakka Baram bahagian Seksyen Wanita di Bangunan Hakka di Marudi, baru-baru ini.

Pada majlis yang ringkas itu, Gerawat turut meluluskan geran sejumlah RM10,000 untuk cawangan Wanita Persatuan Hakka Baram.

Hadir sama ialah pengerusi Persatuan Hakka Baram, Kapitan Jimmy Kiu Boon Fatt, Pegawai Daerah Baram, Mackos Sibong, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM), Edward Mendai dan Ketua Masyarakat Cina Baram, Pemanca Chong Chin Hui.

 ??  ?? BUAH TANGAN: Gerawat (empat kiri) menerima buah tangan daripada Jimmy sambil disaksikan yang lain.
BUAH TANGAN: Gerawat (empat kiri) menerima buah tangan daripada Jimmy sambil disaksikan yang lain.
 ??  ?? CUBA SENDIRI: Gerawat (tengah) mengetuai acara membuat Lei Cha di majlis tersebut.
CUBA SENDIRI: Gerawat (tengah) mengetuai acara membuat Lei Cha di majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia