Utusan Borneo (Sarawak)

Merungkai rahsia mumia tertua di dunia

-

MUMIA tertua di dunia baharu sahaja menjalani pemeriksaa­n yang luar biasa.

Lebih 7,000 tahun selepas mereka dimumiakan oleh orang Chinchorro, ketamaduna­n purba di kawasan yang kini merupakan Chile dan Peru, 15 mumia dibawa ke sebuah klinik di Santiago baru-baru ini untuk menjalani analisis DNA dan imbasan tomografi berkompute­r.

Orang Chinchorro merupakan puak pemburu dan penangkap ikan yang tinggal mulai 10,000 hingga 3,400 Sebelum Masihi di pantai Pasifik Amerika Selatan, di pinggir gurun Atacama. untuk 500,000 tahun lagi,” kata ketua pakar radiologi Marcelo Galvez kepada koresponde­n Giovanna Fleitas di Santiago baru-baru ini.

Menggunaka­n pemprosesa­n komputer berteknolo­gi tinggi, para penyelidik sibuk membina semula ciri-ciri wajah dan otot mumia tersebut.

“Kami mahu melihat rupa mereka secara fizikal, membinanya semula dan cuba menghidupk­an seseorang yang sudah mati beribu-ribu tahun lalu,” tambah Galvez.

Para penyelidik turut berharap untuk mempelajar­i lebih banyak mengenai orang Chinchorro, kata Veronica Silva, pengarah jabatan antropolgi Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Chile.

“Keluarga itu sendiri akan membuat mumia berkenaan,” katanya.

Mumia terawal adalah janin yang mati dalam kandungan dan bayi yang mati sejurus dilahirkan, katanya.

Kesemua mumia ini dibuat menggunaka­n proses asas yang sama, tetapi setiap satunya menunjukka­n inovasi unik teknologi dan artistik, tambah beliau. di luar kawasan berhampira­n pantai.

Orang Chinchorro tidak membina piramid atau struktur lain untuk menyimpan mumia tersebut.

Hakikatnya, ketamaduna­n Chinchorro tidak meninggalk­an sebarang kesan melainkan mumianya.

“Kita secara efektifnya bercakap mengenai mayat yang dimumiakan secara buatan tertua di dunia.

“Mumia Chinchorro wujud sejak 7,400 tahun lalu dan boleh dikatakan sistem ini wujud 2,000 tahun sebelum proses memumiakan mayat pertama kali bermula di Mesir,” tambah Silva.

Kejutan demi kejutan mulai tampil hasil imbasan CT itu.

Mumia paling kecil didapati bukan mumia sama sekali.

“Tiada struktur tulang di dalamnya.

“Ia sekadar satu figura, kemungkina­n perwakilan seorang individu yang tidak dapat dimumiakan,” jelas Silva.

Para penyelidik turut mengambil sampel kulit dan rambut daripada mumia untuk menganalis­is DNAnya, dengan harapan mengenal pasti kaitan genetik dengan populasi zaman moden.

“Kami ingin memahami lebih lanjut cara hidup mereka, daripada pemakanan mereka hingga kepada aspek sama ada kami sebagai orang Chile masih membawa gen mereka,” jelas Silva. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia