Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja The Good Shepherd Lutong anjur konsert kutip dana

- Oleh Connie Sylvia Mesa

SEKITAR 1,000 tetamu hadir bagi menjayakan Konsert Amal Krismas anjuran gereja The Good Shepherd Lutong (TGSL), yang berlangsun­g di Dewan Suarah Miri pada 12 Disember lalu.

Majlis berkenaan telah disempurna­kan oleh Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting.

Objektif penganjura­n konsert amal terbabit ialah untuk mengumpul dana bagi projek kelengkapa­n St Matthias Tudan Desaras, gereja di bawah kendalian TGSL.

Konsert berkenaan turut mendapat sokongan daripada penyanyi tempatan terkenal, Melissa Francis.

Melalui konsert amal terb- abit yang diserikan dengan pelbagai persembaha­n, pihak penganjur berjaya mengumpul RM67,740.

Jumlah terbabit termasuk peruntukan yang diberikan oleh Lee (RM50,000) iaitu RM20,000 baru- baru ini dan RM30,000 diumumkan pada malam berkenaan, Ting (RM10,000) dan menerusi jualan tiket serta kutipan bergambar bersama Melissa (RM7,740).

Dana berkenaan digunakan sepenuhnya bagi membeli kelengkapa­n dalaman bangunan gereja St Matthias yang terletak di Lorong Perdana 5 Tudan Desaras.

Bangunan gereja dua tingkat itu menempatka­n dewan sembahyang di tingkat atas yang mampu menampung sehingga 500 orang pada satu-satu masa dan sebuah dewan serba guna di tingkat bawah.

Gereja itu dirancang di- bina lebih besar dan luas bagi menggantik­an Chapel St Matthias yang lama serta untuk menampung populasi yang semakin bertambah di kawasan Tudan serta sekitarnya.

Antara program yang diselitkan pada konsert berkenaan ialah persembaha­n ‘ngajat lesung’ daripada Lutong Men Fellowship, tarian dan lakonan Krismas daripada Lutong Women Fellowship, tarian moden daripada Parish Youth Fellowship, persembaha­n nyanyian Kebaktian Bahasa Malaysia, persembaha­n ‘handmime’, lakonan dari St Matthias Tudan serta nyanyian Melissa Francis.

Selain konsert amal, gereja TGSL turut mengadakan parti Krismas pada 17 Disember dan rumah terbuka Krismas pada 31 Disember ini di pekarangan gereja berkenaan.

Hadir sama ialah Vicar gereja TGSL Fr Donald Jute, Pembantu Vicar TGSL Fr Johny Janggok dan pengerusi penganjur Methushael Spit.

 ??  ??
 ??  ?? DINANTIKAN: Persembaha­n Melissa Francis sebagai artis jemputan antara yang ditunggu pada malam tersebut. UNTUK ALBUM: (Baris depan, enam kanan) Methushael, Lee, Ting, Fr Donald serta jawatankua­sa yang lain merakam kenangan bersama penonton yang...
DINANTIKAN: Persembaha­n Melissa Francis sebagai artis jemputan antara yang ditunggu pada malam tersebut. UNTUK ALBUM: (Baris depan, enam kanan) Methushael, Lee, Ting, Fr Donald serta jawatankua­sa yang lain merakam kenangan bersama penonton yang...
 ??  ?? SOKONG: Sebahagian daripada tetamu yang hadir memberikan sokongan kepada konsert berkenaan.
SOKONG: Sebahagian daripada tetamu yang hadir memberikan sokongan kepada konsert berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia